Star Wars

Sewaktu sedang bergelut mahu menyiapkan AG3 dan sebuah novel untuk KN, saya menerima mesej Yahoo Messenger! daripada seorang teman lama semasa menuntut di tingkatan enam dahulu. Kami sudah lama tidak bersua muka, ditemukan kembali di laman Facebook.

Sebaik sahaja dia tahu saya kini penulis novel, dia terus membuat komen berikut:
Novel kau mesti ala ala Star Wars, kan? Dahulu sewaktu zaman sekolah, saya memang fanatik dengan semua yang berkaitan dengan sci-fi/fantasi--baik filem, kartun, anime, komik dan novel. Sehingga timbul keinginan menulis novel sci-fi/fantasi. Malangnya waktu itu, tidak banyak penerbit yang mahu menerbitkan genre berkenaan. Yang prominent cuma DBP dan penerbit ini menjadi pembekal tunggal kepada saya bagi mendapatkan naskhah sci-fi/fantasi yang ketika itu amat payah didapati.

Sewaktu saya menuntut di universiti, saya mula membaca novel Inggeris sci-fi/fantasi disebabkan masih kurang novel berkenaan di pasaran. Disebabkan pasaran tempatan ketika itu tertumpu kepada novel cinta, maka saya pun ikut terjun sekali. Tetapi hari ini senarionya sudah berbeza. Novel sci-fi/fantasi tempatan mula mendapat tempat sedikit demi sedikit. Dan saya percaya tidak lama lagi, genre novel ini boleh setanding dengan novel cinta yang sudah membanjiri kedai-kedai buku di mana-mana sahaja.

Misi saya kini ialah kembali kepada tujuan asal saya menulis dahulu. Selepas dua novel yang akan saya tulis untuk KN--Bayangan Gurauan (sekadar tajuk kerja) dan kesinambungan DPMP--, saya akan menumpukan perhatian kepada misi menghasilkan lebih banyak novel sci-fi/fantasi dengan gaya saya sendiri. Kini saya sudah mempunyai dua buah novel remaja sci-fi sebagai permulaan.

Gambatte imasu!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap