Hokdok panas

Jumaat hingga Ahad lepas, aku bertandang sekali lagi--buat kali yang ketiga--ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Yang pertama kali ke Pasir Putih; yang kedua kali ke Machang; dan yang ketiga kali--yang terakhir--ke Pasir Putih semula. Waou! Itulah...dulu mak aku teringin nak tinggal kat Kelantan. Ha...sikalang tiga-tiga menantu dia dari Kelantan. Husband aku juga orang Perak. Kalau lawan bola, mesti kalah...huahuahuahua.

Alkisahnya, kalau pergi sana aku mesti jalan-jalan cari makan. Aku emang sukak bangat ngan masakan orang sana--the budu, ikan rebus goreng, etok, colek. Yang manis tu memang aku tak usik ler. Dalam banyak-banyak kumpulan makanan yang aku suka, etok jer yang aku tak jumpa kali ni. Orang sana pun hairan sebab apa aku suka makan etok. Entah...aku sendiri pun hairan mengapa aku suka...ekekeke.

Lagi satu aktiviti selain makan yang aku suka bila di sana ialah shopping. Uish...best tak terkira. Macam-macam aku borong. Itu pun tak cukup lagi. Lepas ni, bilalah aku nak ke sana lagi? Maklumlah stok adik aku yang bujang semua dah habis. Tinggal 3 adik ipar aje. Kalau depa dapat orang sana, shopping lagi ler...yehaa!

P/S: Cerita tajuk posting ni: Aku jumpa gerai jual hotdog, fishball etc. kat depan pasar Machang. Pekedai tulis Hokdok Panas instead of Hotdog Panas. Aku gelak sampai nak terguling waktu nampak papan tanda tu. Malangnya aku tak bawa kamera. Henpon pun tertinggal. Kalau tak, gambar papan tanda tu pasti jadi penghias muka depan blog aku nih. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit