Hantu Kum Kum

Sesiapa yang lahir selepas tahun 80-an, mungkin tidak kenal akan Hantu Kum Kum. Spesies hantu ini telah berjaya menghiasi muka depan akhbar pada tahun 1984. Waktu itu aku darjah tiga. Satu Malaysia heboh  menceritakan perihal Hantu Kum Kum.

Alkisahnya, Hantu Kum Kum berasal daripada seorang wanita yang telah menuntut ilmu salah (menyekutukan Allah) hanya kerana mahu kelihatan jelita--mungkin ada beberapa versi lain. Tapi ini versi yang aku tahu selama ini). Malangnya dia menjadi hodoh. Oleh itu, dia terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik purdah berwarna hitam yang menutup seluruh wajah melainkan dua biji mata. Demi memulihkan wajahnya, dia dikehendaki minum darah kanak-kanak. Maka pada era itu, kesemua kanak-kanak menjadi amat ketakutan apabila terserempak dengan wanita berpurdah.

Itu cerita pada abad ke-20 yang lalu. Kini aku dah dewasa, sama seperti kanak-kanak seangkatan denganku pada tahun 80-an. Pada pandangan aku, kisah Hantu Kum Kum mungkin hanya propaganda atas tujuan-tujuan tertentu yang hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu.

Malam ini, malam Jumaat, selepas waktu Isyak, di pejabat aku, sekumpulan ghostbuster bertauliah, dan mungkin beberapa orang seekers daripada ofis aku akan menyertai operasi pembersihan. Lewat minggu lepas, kejadian aneh--kemunculan kelibat yang pandai memberi salam, membuat kerja-kerja pejabat dan memanggil psstt--mula berlaku sehingga menyebabkan hampir kesemua staf takut yang bukan-bukan termasuk aku.

Selalunya aku orang pertama yang sampai ke level aku di pejabat pada waktu pagi. Sebelum kemunculan kisah kelibat, aku selamba jer sendirian di pejabat. Tetapi selepas muncul kisah kelibat, aku mula rasa tak selesa. Pandang sana, pandang sini. Nak ke tandas pun rasa waswas. Rimas betul aku sehingga mendatangkan marah. Bila aku marah, aku jadi berani. Tapi dalam berani, terselit juga rasa takut....hehehe. Kontras sungguh!

Jadi esok pagi, aku akan segera mendapatkan laporan daripada Mulder yang turut sama menyertai operasi pembersihan malam ini. Tungguuuu!

Ulasan

  1. Tu propaganda anti Al-Arqam tu... ekekekeke... Ofkoz aku rasa hanya mereka yang lahir sebelum 80-an je yang familiar tentang Al-Arqam ni.

    Dan kelibat kat ofis ko tu... haiyaaa..! Apa citernye? Kelibat tu pandai memberi salam? Lebih kurang sama macam kisah kelibat kat tempat kerja lama aku dulu. Bukan setakat beri salam, berposing depoan dinding kaca lut cahaya lagi! Sungguh fotogenik kelibat tu.

    Apa-apa hal pun, please update! Entri ko ni memang ada foreshadow element yang best!

    BalasPadam
  2. huh? foresshadow element? menatang apa tuh? cikgu aku jadi aruah sebelum sempat dia masuk bab tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit