Recap 2006

Begitu pantas masa berlalu, begitu cepat waktu berjalan. Kawan aku kata kalau kita terasa seperti begitu cepat masa berlalu, maknanya kita memang memanfaatkan masa sepenuhnya. Aku harap-harap begitulah. Disebabkan tak lama lagi 2006 akan kita tinggalkan, aku nak recap apa yang dah berlaku sepanjang tahun ini.

Bermula aje tahun 2006, azam pertama yang aku pernah fikirkan pada tahun 2005 dahulu akhirnya tercapai. Aku berjaya menjadi pelajar semula untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Sehingga hujung tahun ni, aku still standing walaupun pelbagai cabaran aku terpaksa harungi semata-mata nak dapatkan segulung ijazah sekali lagi.

Melangkah ke penghujung bulan Mac, novel keempat aku dan pertama kali dengan Kaki Novel berjudul ...dan mimpi pun bersatu berjaya memasuki pasaran - semasa Pesta Buku Antarabangsa 2006. Ditakdirkan pada tahun ini penjualan novel-novel cinta jatuh 33%. Jadi semuanya bergerak agak lembab. Patah semangat seminit. Namun perjuangan harus diteruskan!

Tiba di pertengahan tahun, aku diserang dilema apabila rumah yang ku beli tidak dapat disiapkan seperti yang dijanjikan. Maka aku melantik diri sendiri menjadi ketua pemberontak rumah terbengkalai. Kecewa tak dapat nak digambarkan.

Setiap dugaan, pasti ada hikmah di sebaliknya. Disebabkan rumah aku sudah terbengkalai kongkang dek pemaju yang tak bertanggungjawab tuh, aku berusaha untuk membeli rumah yang dah siap. Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada aku berjaya mendapatkan sebiji rumah yang lebih baik daripada rumah tak siap tuh.

Tahun 2006 juga aku pernah berjanji untuk menghasilkan sebuah novel fantasi. Janji itu telah ku tepati. Pada awal November lalu, aku telah menghantar sebuah manuskrip kepada sebuah penerbit tersohor untuk menerbitkan sebuah novel remaja kanak-kanak bercorak fantasi. Kini manuskrip itu ada di tangan aku untuk suntingan semula dan tambah mana yang patut. Insya-Allah akan berada di pasaran pada tahun hadapan. Selain itu, aku berjaya juga menyiapkan novel keenam dan kedua dengan Kaki Novel yang juga bakal diterbitkan pada tahun hadapan seelok-eloknya sebelum atau semasa Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada penghujung April 2007 nanti.

Azam untuk tahun 2007? Sekali lagi aku memang tak suka menetapkan azam. Aku hanya akan menetapkan kesungguhan sahaja. Tahun 2007 aku mengharapkan agar aku tabah meneruskan pengajian walaupun pelbagai rintangan terlentang di tengah-tengah jalan. Aku nekad mahu menghasilkan beberapa buah novel kanak-kanak/remaja. Dan harapan aku paling besar:

moga Malaysia aman sejahtera hingga ke akhir dunia
moga Islam terpelihara hingga Kiamat menjelma
moga Melayu tidak lagi layu dan merayu
moga anak-anak remaja tahu hormat ibu bapa dan orang-orang tua
moga yang jahat mahu kembali ke pangkal jalan
moga yang baik akan terus menjadi yang terbaik
moga selamat hendaknya anak cucu cicit Nabi Adam a.s.
Amin!

Ulasan

  1. Salam tahun baru Masihi dan tahun baru Hijriyyah yang bakal menjelang tak berapa minggu saja lagi. Saya hanya berdoa agar 2007M dan 1428H adalah lebih baik dari tahun sebelumnya dalam segenap segi, insya-Allah.

    BalasPadam
  2. Bangga dengar azam Izza. Semoga impian Izza menjadi kenyataan. Sememangnya menulis bukan sekadar mengisi hobi atau kepuasan, ia juga satu tanggungjawab dan wadah untuk kita mengangkat perjuangan bangsa dan agama agar generasi hari ini dan akan datang akan menjadi generasi melayu dan islam yang berkualiti dan ada jati diri tinggi.
    Teruskan perjuangan Izza. semoga diberi kemudahan oleh Allah S.W.T

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit