PhD

Phd...pencapaian sijil akademik paling tinggi setakat ini. Bangga kalau di depan nama kita ada perkataan "Dr". Semua orang akan pandang tinggi akan kebijaksanaan kita menjadi cendekiawan. Orang Melayu ramai yang ada PhD dan bekerja di universiti-universiti tempatan. Digeruni dan dihormati sebagai cikgu paling besar antara sekolah-sekolah.

Malah di Malaysia ni, dalam konteks dunia Melayu, bukan setakat di IPT saja yang ada Phd. Malah kat mana-mana memang ada PhD. Tak kira di kampung atau di kota. Di pejabat atau di rumah. Di kedai kopi atau di masjid. Di kalangan sahabat handai atau di kalangan saudara mara. Di kalangan rakan sekerja atau di kalangan rakan sekolah. Orang yang ada Phd memang banyak.

Disebabkan ada PhD jenis ini, orang Melayu susah nak maju. Asyik suka tabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Asyik nak memandang rendah akan kebolehan bangsa sendiri. Asyik iri hati dengan kejayaan orang lain tanpa mahu mengubah nasib diri sendiri. Asyik mencemuh peluang dan kelebihan orang lain tanpa mahu mencuba sedaya upaya mencapainya sendiri.

Aku rasa tahap PhD ni adalah yang paling tinggi dalam darjah sifat kejumudan fikiran manusia terutama di kalangan orang kita. Bukan aku nak mengata orang kita. Cuma aku nak cakap, sedar, bangun, jangan ada hasad dengki sesama kita. Berusaha untuk memajukan diri sendiri tanpa menganiaya orang lain. Biarlah berjaya atas usaha sendiri bukan atas kehancuran orang lain.

Kalau lihat orang lebih daripada kita, berusahalah dengan jujur agar kita sehebat mereka. Janganlah caci, umpat, keji dan fitnah mereka atas kejayaan mereka. Jadikan sifat iri hati yang semula jadi itu sebagai daya pendorong untuk kita memajukan diri sendiri.

Kalau nak ada PhD pun biarlah Doctor of Philosphy bukan Perasaan Hasad Dengki!

Ulasan

  1. Ada satu sifay hasad yang dibenarkan di dalam Islam. Sifat ini dipanggil 'ghibtah'. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dilarang berhasad dengki kecuali pada dua perkara. Pertama orang yang mempunyai harta dan membelanjakannya ke jalan Allah. Dan kedua orang yang berilmu dan dia mengajarkannya serta beramal dengannya."
    Hasad yang dibenarkan ini bukanlah bermaksud menjatuhkan orang, tetapi sebaliknya kita berusaha untuk menjadi seperti orang yang berjaya itu jika tidak lebih berjaya dengannya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit