Exam oh exam

Tahun ni aku sambut tahun baru dengan persiapan untuk exam (panjang sangat kalau nak tulis peperiksaan). Sabtu dan Ahad ni aku ada dua paper untuk dikerjakan - Marketing Management dan Managerial Economics. Err...seramnya aku dengan paper nombor dua tuh (dah dua kali amik. Kali pertama aku drop sebab takut..wekhkehkeh).

Maka demi menjiwai exam ini aku menghibernasikan diri di library kampus sejak tiga hari yang lalu. Kali ni mengantuk tahap dewa plak tuh. Mungkin sebab aku minum ubat batuk - sebab batuk tau, bukan sebab lain. Bila mula mengantuk aje, aku pun pindah tempat depan PC. Maknanya, aku bukan study, tapi mengular ke laman blog dan berYM. Dari satu blog ke satu blog aku masuk. Blog yang tak pernah aku masuk pun, aku masuk. Jadi janganlah terkejut tetiba bila ada nama aku dan nama itu di blog-blog kalian. Aku memang killing time sebab nak bunuh rasa mengantuk yang bagai mengacah-ngacah tumpuan aku yang tahap dewa nak lulus exam nih! Bukan setakat nak lulus gitu-gitu aje, tapi nak score A.

Belajar di kala umur dah menjangkau 30-an ni, memang ada kelebihan dan keburukan. Kelebihannya, fikiran dah semakin matang. Pengalaman bekerja dah banyak. Jadi tak ada masalah nak aplikasikan teori kepada praktikal. Tak susah nak bayangkan apa yang buku tuh cuba nak sampaikan sebab kita dah sampai ke sana. Keburukannya pula, cepat sangat hilang tumpuan sebab macam-macam benda nak fikir. Nak study kat umah, tentera berkaki dua rajin sangat tolong bacakan buku. Papa Bear plak tak mo bantu tolong asuh tentera kaki dua tuh. Kerja kat umah, tak usah bilang. Bertimbun sentiasa. Aku pun hairan kenapa tak surut-surut...ekekeke.

Anyway (dalam bahasa Melayu apa ek?), hidup kena diteruskan walau badai sebesar Tsunami melanda. Kalau aku tak sambung belajar sekarang, bila lagi? Aku bukannya bateri Energizer yang boleh bertahan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

P/S: Aku janji lepas jam 1 tengah hari ni aku akan berhenti chatting dan blogging untuk sambung study serius and smart semula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit