Vietnamese Roll

Walaupun resepi nak buat Vietnamese roll atau rice roll ni bersepah kat mana-mana, aku masih malas nak buat. So aku order ajelah. Memang sedap dan portion pun banyak. Harga, boleh tahan mahal sebab roll dia besar-besar. Puas makan.

Bila Kak Yin minta lagi, maka maknya kena panjang akal. Tak kan nak order aje. Dahla jauh nak pick up. Ke Sri Hartamas sana tu. Lalu aku pun gigih la buka Youtube tengok cara-cara membuatnya. Kat FB pun bersepah resepi.

Pertama kali aku buat, resepi sos cilinya memang terbaik. Tapi aku lupa save kat mana. Bila cari balik, tak jumpa. Kecewa betul.

Tangan Kak Yin tu. Boleh tahan dobot. Dah nama timang-timangannya Bobot. Siap alas paper sebab nanti kuah menitik-nitik ke lantai.


Bahan-bahan: 
(ikut selera masing-masing dan boleh dipelbagaikan)
Rice paper ** beli kat AEON Big BTHO
Udang
Filamen ketam
Daun ketumbar
Daun salad
Suhun
Timun
Lobak merah

Cara:
Panaskan air. Bila dah menggelegak, celur udang dan filamen ketam sebentar. Jangan lama sangat. Kalau terlebih masak, tak sedap. Filamen ketam tu nanti lembik pulak.

Rendam suhun dalam air panas. Bila dah lembut sedikit, angkat dan toskan. Tak perlu lama sangat. nanti lembik.

Hiris timun tanpa biji dan lobak merah panjang-panjang.

Rendam sekeping rice sheet dalam bekas. Boleh guna baking tray. Letak air masak/tapis sikit aje. Janji rice sheet tu boleh tenggelam. Rendam dalam 2-5 saat supaya senang nak melipat nanti.

Letakkan rice sheet yang dah direndam tadi ke atas pinggan/talam/tray dan susun isi ikut kreativiti. bab ni korang kena tengok Youtube. Aku pun belum mahir lagi cara nak menyusunnya. Bukan nak buat jual pun. Untuk makan anak tekak sendiri. Lantaklah cemana pun, janji boleh gulung.

Aku letak udang 3 ketul atau filamen ketam satu batang. Lepas tu letak karot dan timun. Diikuti suhun dan daun ketumbar. Akhir sekali daun salad. Gulung sikit dari atas, dari tempat korang letak filling tu. Kemudian lipat kiri dan kanan sebelum gulung sampai habis. Kalau tak dapat imagine, sila Youtube... hehehe.

Buatlah sekeping-sekeping hingga bahan-bahan korang habis. Style terkini yang aku jumpa, lepas gulung rice roll tu, dorang gulung dengan seaweed kering pula. Seaweed kulit sushi tu. Bukan seaweed berperisa yang sedia dimakan. Cara ni aku belum cuba lagi. Mungkin lain kali sebab nampak sedap.

Bahan sos:
3 sdb sos cili Thai
1 sdb sos cili Life
Sebiji bawang putih **cincang halus
Cili padi merah ** hiris

Cara:
Campurkan kesemua bahan. Seimbangkan rasa ikut taste bud masing-masing. Cili padi tu, kalau nak lagi pedas, boleh bubuh banyak. Boleh gandakan bahan ikut bahan mana rice roll yang korang dapat.

Boleh cari kat mana-mana pasar raya. Kedai Acheh kat rumah aku pun ada jual.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit