Lontong Sedap dan Kuah Satay Layan

Entah dari mana kerajinan tu datang, tetiba aje aku rasa nak makan lontong. Hari tu hari Selasa. Lepas balik kerja, terus cari bahan nak buat lontong untuk dimakan keesokan hari. Lagipun parents-in-law ada kat rumah. Jadi esok, husband tak payah masak atau tapau makanan. Aku pun boleh bawa bekal keesokan harinya.

Aku rebus nasi impit instant dan buat kuah kacang malam tu juga. Untuk kuah lontong, segala sayur mayur aku potong dan basuh siap-siap. Simpan dalam peti ais dalam Tupperware. So that, Subuh esok aku bangun, boleh terus masak. Kira lewat juga aku tidur sebab dan mengerjakan kuah kacang. Resepi ni aku ambil dari blog Kak Azie Kitchen. Kuah kacang tu sebenarnya dia buat untuk kuah satay dan aku memang suka kuah kacang satay.

So korang bleh follow sebijik-sebijik resepi kuah satay kat bawah ni. Memang menjadi dan sedap. Aku suka sangat sebab bahannya mudah. Tak macam resepi kuah kacang yang aku follow selama ni. Mak mentua yang tak makan kuah kacang sangat pun boleh layan apatah lagi aku yang hantu kuah kacang. Makan dengan nasi impit pun dah heaven tak payah satay bagai.

Husband siap suruh bekalkan sebiji nasi impit dan kuah kacang untuk bapak mentua masa dia nak bertandang ke rumah adik ipar pula. Katanya bapak suka. Makan bertambah. Bapak mentua aku baru baik dari mild stroke. Selera pun baru nak ada. Jadi bila dia berselera makan macam ni, berbaloi juga aku bersilat kat dapur time weekdays.

rahsia kesedapan kuah kacang ni ialah penggunaan bawang besar yg banyak


Kuah Satay
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 cawan minyak mazola** aku guna minyak kelapa
2-3 cawan air
Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus

Cara cara:
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.

Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.

Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.

Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit.
Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.

Nota: Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.

Keesokan pagi, sebelum Subuh, aku dah bangun sebab nak siapkan kuah lonong pulak. Ikut aje step dalam resepi kat bawah ni. Kak Azie ada berikan tips untuk kuah lontong dapat bertahan lama, tak basi. Tips/petua ni sesuai kalau kita buat majlis. Klik SINI.

Lontong Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang - tak letak
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang - potong 8 - tak letak
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil - tak letak
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng - tak letak
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup ** tak letak
2 santan kotak
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Masak bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
Tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi.

Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.

Masukkan santan dan kacau rata supaya ianya tidak berketul. Masukkan pula udang serta sedikit serbuk kunyit bagi mencantikkan warna.

Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Terus dikacau kuahnya selepas beberapa minit api ditutup.



Sarapan mentua aku pagi tu siap bertalam bagai. Selera dorang makan. Sambal bilis dalam mangkuk kecik tu, aku dah buat sehari lepas. Jadi panaskan dan hidangkan sekali. Memang layan resepi Kak Azie ni. Masa aku kat opis, husband aku masak lagi nasi impit. Tak cukup katanya. Jadi masa aku balik kerja tu, bolehlah mengadap sekali lagi. Tak payah masak untuk makan malam dah. Senang keje.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit