Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Review Srikandi vs Arjuna (2011)

Review ini terpapar di laman Group Review Novel di FB. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150330266788090&set=o.294512680575170&type=3 Nazira Wahab Review Novel Novel : Srikandi VS Arjuna Novelis : Izza Aripin Penerbit : Alaf 21 Komen saya tentang buku ini mengisahkan kejadian sebenar yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia. Perjalanan cerita dalam novel ini mungkin ilusi semata-mata direka oleh novelis, tetapi hakikat yang berlaku mungkin terjadi pada hari ini. Perwatakan gadis tomboy yang bernama Zarida @ Ridd bersama-sama geng brutalnya sangat "famous" di UWB. Zaihan pula dikategorikan sebagai lelaki yang anti-perempuan disebabkan oleh sejarah yang menimpa dirinya. Siapa sangka, dalam menyimpan dendam terselit rasa cinta dan sayang. Lebih malang, Ridd adalah tunangan orang dan dia dijodohkan oleh calon pilihan ayahnya sendiri. Calon yang disangka tepat untuk dijadikan menantu rupanya adalah hantu. Setelah berkahwin, Sharein rupanya seorang yang suka melaku...

Review TPH

Mijot Post on 14-12-2012 04:57 PM baru selesai baca tolong pikat hatinya - izza aripin. suka. rayyan masih teringatkan gia. masa depan mata diabaikan. dia berkawan dgn zara yg merupakan pekerja dia. selalu org kata, lelaki dan perempuan jarang kekal sebagai kawan baik. mesti ada salah sorang akan tersasar. itulah yg terjadi kepada zara dan rayyan. kali ni rayyan berusaha untuk mengekalkan cinta dia. zara pula ada kisah silam yg dia sembunyikan drpd org ramai. akhir yg gembira. di http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=546570&extra=page%3D1&page=84

Sinar Harian 12.12.12

Imej
 Seksyen Kampus, halaman 3, sudut Gemilang Penulis

Trailer Tolong Pikat Hatinya

Imej

Kerana Dia Cinta, Tolong Pikat Hatinya

Imej
Novel Tolong Pikat Hatinya (2012, Alaf21) merupakan kesinambungan novel Kerana Dia Cinta (2007, Kaki Novel). Kisah Ryan yang dipaparkan dlm KDC, tidak tamat di situ saja. Kisahnya dilanjutkan dalam TPH. Sungguhpun begitu, jika anda tidak pernah membaca KDC, tak mengapa kerana TPH bukanlah sambungan KDC. TPH ialah satu lembaran kisah cinta Ryan yang baharu. 

Tolong Pikat Hatinya

Imej
Tolong Pikat Hatinya~Izza Aripin Penerbit: Alaf21 Tarikh Terbit: Disember 2012 Harga: RM19.90 Blurp: Antara Zara dengan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang penuh noda yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada hantu silamnya. Lalu Ryan dan Zara bertemu di bawah satu bumbung. Berjanji menjadi teman tapi mesra, tetapi tak siapa sangka, panah sang arjuna sudah mengena hati mereka. Namun cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana dia hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? Bagaimana pula Zara membunuh hantu silamnya? Cinta mereka terhalang dek dosa silam, dendam dan kesumat. Mampukah cinta menyatukan mereka? "Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu" - Zara

Komen pembaca tentang Kerana Dia Cinta

Imej
mijot  Post on 31-1-2012 08:43 PM akhirnya jumpa novel izza aripin, kerana dia cinta... lama sggh mencarinya... mijot  Post on 14-2-2012 12:34 PM kerana dia cinta - izza aripin 3.3 bintang walaupun novel ni tak tebal sgt tapi best dan menarik... citer mengenai kawen paksa...keluarga gia dan ryan setuju satukan gia dan ryan sbb bisnes.. ryan boleh terima sbb bg ryan ni akan menguatkan kedudukan dia dlm perniagaan, nak2 ryan bercita2 nak jadi seperti donald trump...bagi gia pula, dia perlukan cinta...jadi gia menyamar dan kerja disyrkt ryan untuk menyiasat keburukan ryan tapi malangnya tak ketemui...terpaksalah dia kawen dgn ryan... selepas berkahwen, hidup gia terseksa, dia terpaksa mengikut arahan ryan...hidup gia terkongkong, semuanya perlu beritahu ryan...sampai satu tahap, gia sudah tak mampu bertahan, dia melarikan diri dr ryan dan keluarga...tapi gia dikejutkan dgn dia mengandung...ryan tahu gia mengandung dan mula berlembut dgn gia...di saat gia mula boleh terima ryan, g...

Komen pembaca tentang my sweet babies: Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu

Imej
Komen ni saya jumpa di laman web Cari.com.  Baru kini ada kesempatan nak update di sini sebagai penghargaan saya kepada pembaca yang sudi baca dan reviews 'My Sweet Twins' :D EXLESSIA Post on 21-3-2012 02:18 PM baru baca Kasih Pun Bersatu - izza aripin. tp katanya ni dah sekuel. yang 1st tajuk apa ek? KN jugak ke? agak best la ceritanya Reply 1256# EXLESSIA qimi08 Post on 22-3-2012 11:56 AM Terbitan KN juga 1) Dan mimpi pun bersatu -      kisah emaknya org biasa berkahwin dgn kerabat raja- penuh advanture. 2)Kasih pun bersatau....    Kisah anak pulak - puteri raja.. tentang cinta sejati , dendam .... Saya suka kedua-dua novel ni x jemu membacanya... Reply 1256# EXLESSIA mijot Post on 22-3-2012 11:07 PM tajuknya dan mimpi pun bersatu... best sgt, citer pasal mak dia yg kawen dgn putera raja (bakal sultan)... best sebab adventure dan ditulis oleh penulis wanita... jarang ada penulis wanita yg menulis mengenai adventure ni... EXLESSIA  Post on 23-3-2012 0...

Segalanya Cinta...versi e-book (teaser)

Imej
Alhamdulillah...setelah lama terpendam hasrat ini, akhirnya novel kedua saya berjaya juga diterbitkan semula dalam bentuk e-book. Sebelum ini, novel Segalanya Cinta telah diterbitkan oleh NH Media pada tahun 2002. Kini saya menerbitkannya semula dalam versi elektronik. Versi ini merupakan versi asal tanpa suntingan penerbit terdahulu. Cuma ada beberapa penambahbaikan dari segi ejaan dan isi. Moga novel ini berjaya menghiburkan dan memberikan manfaat yang berguna. Dapatkannya di  http://www.e-sentral.com/search/byid/1666

Segalanya Cinta versi e-book

Imej
Vampira sudah melalui penilaian penerbit. Malangnya dalam cuaca penerbitan masa kini tidak menggalakkan penerbitan novel fantasi sebegini, makanya manuskrip itu ditolak untuk diterbitkan. Alah bisa, tegal biasa. Saya tak patah semangat. Sebaliknya, perkara itu membuka satu peluang baharu yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini; iaitu self-publish. Pada mulanya saya merancang mahu menerbitkan novel salinan keras. Tetapi setelah memikirkan risiko dan modal yang terpaksa dilaburkan, saya mengambil keputusan untuk menerbitkannya secara e-book. Kini Vampira hanya menunggu kulit luarnya siap. Setelah siap, saya akan teruskan dengan langkah-langkah seterusnya. Sementara menunggu cover Vampira disiapkan, saya telah mula mereka letak novel kedua saya yang pernah diterbitkan dahulu iaitu Segalanya Cinta . Hanya menunggu kehadiran e-ISBN sahaja sekarang ini. Sebaik sahaja e-ISBN diperoleh, saya akan muat naik e-book Segalanya Cinta ke laman web e-Sentral.com E-book Segalanya Cinta akan menjad...

Rombongan Wak S ke Cameron Highland

Imej
First time family besar En. Ipin ke Cameron Highland. Antara ramai-ramai tu, family aku dengan family abang ipar aje yang pernah sampai kat Cameron Highland ni. Aku dapat duty buat booking penginapan dan merancang perjalanan. cemerlang tak aku? hahahah.... Kami booked homestay kat Al Mashoor Chalet, Taman Sedia. 3 Bilik Beserta : 3 katil bersaiz quen 3 katil bersaiz single 2 Bilik mandi dengan mandian panas 29” TV + Astro + Video player Dapur dengan kelengkapan kemudahan memasak Dilengkapi perabot sepenuhnya Harga: RM400 semalam ruang tamu salah satu bilik tidur Chalet ni muat dengan selesa 11 orang dewasa, 10 kanak-kanak (7-10 tahun) dan sorang baby. See...luaskan? Kat belakang chalet, ada kebun strawbery. Memang kami kena control budak-budak supaya jangan sampai terpetik. Tapi tengok-tengok mak bapak budak yang terover eksaited. cium-cium jer...jangan petik! semua dah ready nak jimbas nampak aje dari luar kecik. tapi kat dalam....

Vampira siap ditulis!

Imej
 Beri laluan, beri laluan kepada manuskrip Vampira yang terlebih dahulu sudah siap saya tulis. Kononnya nak menyudahkan kesinambungan KDC. Tapi disebabkan sesuatu telah berlaku, saya dahulukan manuskrip Vampira atau V (sebab tajuknya bukan yang ni). Alkisah saya memang rancang nak hantar ke sebuah rumah penerbitan, bersama dengan 2 orang penulis lain yang menulis kisah yang serupa. Mulanya kami merancang hendak menerbitkannya sempena pesta buku tahun ini. Tetapi, kita sekadar mampu merancang. Disebabkan penulis yang terlibat sibuk, hajat kami tertunda. Terbaharu, kami diberitahu yang syarikat itu akan menghentikan sementara penerbitan novel bahasa Melayu. Pada saat manuskrip V dah sampai 80% siap, ia merupakan tampaan hebat buat saya yang dah bersungguh-sungguh ni. Lantas dalam masa yang singkat, saya mengambil keputusan ingin menghantarnya ke sebuah rumah penerbitan yang lain. Tetapi sebelum saya berbuat demikian, saya terlebih dahulu perlu membincangkannya dengan penerbit saya. H...

Kesinambungan KDC....akan datang

Imej
Gotta Tell You~Samantha Mumba Your love for me came as a waterfall Flowing inside me like never before Your love for me, something I didn't see But baby, I know better now When you walked in the room that very night A special feeling just burst inside THERE was only you, nobody else But baby, I know better now Don't wanna love you if you don't love me Don't wanna need you when you won't need me too Don't wanna tell you this now  But it wouldn't be right if I (If I) Didn't tell you this tonight Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah And now you're back inside my house again I'm trying deeply to explain 'Cause baby, I wanna get it on And baby, you're the one for me (woah, woah, woah) And now that I have got you all alone After all this talking on the phone I should be strong There's nothing wrong I'll tell you this is where you belong (Where you belong) Don't wanna love you if you don't love me Don't wanna need you when you won...

Pengkalan Balak, tapi tak ada pokok balak

Imej
Tiba-tiba aje En. Ipin ajak pegi bercuti. Tapi dia kata dekat-dekat sini aje...kat Pengkalan Balak, Melaka. Speaking of Melaka, aku memang dah biasa dengan negeri ni. Maklumlah, belajar kat sini 5 tahun. Merata-rata tempat aku dah rayau. Cuma belum sampai ke Pengkalan Balak. Dulu aku selalu pergi Pantai Tanjung Bidara aje sebab ada orang bawa. Konon tak nak buat booking bilik. En. Ipin kata main terjah aje. Tapi aku ni bukan jenis suka terjah tak tentu hala. I do my study as usual. Sebelum travel, memang aku suka buat case study tempat yang aku nak pergi. Feling CSI lak. Aku booking satu bilik kat Seraya Pantai Chalet menerusi telefon. Seraya Chalet mempunyai 18 buah bilik penginapan terdiri 3 buah bilik family, 10 buah bilik double dan 5 buah buah bilik single. Semua bilik penginapan berhawa dingin dan mempunyai televisyen. DOUBLE BED ROOM (1 KATIL QUEEN) Hari biasa          Hujung minggu       ...

Abqaro

Imej
Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra  Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga. Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa  56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh) (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan Sumber: http://cerita2malaysia.blogspot.com/