Pengkalan Balak, tapi tak ada pokok balak

Tiba-tiba aje En. Ipin ajak pegi bercuti. Tapi dia kata dekat-dekat sini aje...kat Pengkalan Balak, Melaka. Speaking of Melaka, aku memang dah biasa dengan negeri ni. Maklumlah, belajar kat sini 5 tahun. Merata-rata tempat aku dah rayau. Cuma belum sampai ke Pengkalan Balak. Dulu aku selalu pergi Pantai Tanjung Bidara aje sebab ada orang bawa.

Konon tak nak buat booking bilik. En. Ipin kata main terjah aje. Tapi aku ni bukan jenis suka terjah tak tentu hala. I do my study as usual. Sebelum travel, memang aku suka buat case study tempat yang aku nak pergi. Feling CSI lak.

Aku booking satu bilik kat Seraya Pantai Chalet menerusi telefon.

Seraya Chalet mempunyai 18 buah bilik penginapan terdiri 3 buah bilik family, 10 buah bilik double dan 5 buah buah bilik single. Semua bilik penginapan berhawa dingin dan mempunyai televisyen.
DOUBLE BED ROOM (1 KATIL QUEEN)

Hari biasa          Hujung minggu                            Cuti umum                            Cuti sekolah 
RM 70.00           RM 90.00 

Kami pergi hujung minggu, cuti sekolah. Pergi hari Jumaat. Balik hari Sabtu. Jadi ratenya RM90.00 semalam. Biliknya comel aje. Cukuplah untuk kami bertiga sebab anak-anak kecik lagi. Bentang toto kat lantai pun, depa boleh lena.

bilik comel
Perkara paling aku suka pasal chalet ni ialah, ada pintu belakang terus ke bilik air. Maknanya lepas budak-budak main air laut dan pasir, mereka terus masuk ikut pintu belakang, ke bilik air dan terus mandi. Tak adalah bilik berkecah basah dengan pasir bagai.




Seperkara lagi yang aku suka, keluar aje dari kawasan chalet, terus pantai. Kalau malas mandi pagi, bukak aje mata, terus terjun ke dalam laut....hahaha

pantai lengang sebab hari Jumaat

keluar aje chalet, terus laut. terbaikkkk


Aktiviti paling happening bila bercuti kat pantai ialah main pasir. Budak-budak memang suka. Tapi mak budak tak suka sebab nanti bila balik umah, poket semua penuh pasir. Mujur anak-anak aku semua aku pakaikan swimming attire. Cuma poket seluar aku dengan En. Ipin ajelah yang penuh pasir nanti....huhuhuh


entah apa yang best main pasir pun aku tak tau...huhu

pantai ni.,..aku yang punyaaaa!!!
Kalau dah pantai depan mata, pagi petang melahu ajelah kat sini. Mujur cuaca pun cantik. Tak terik sangat. Jadi budak-budak tu berendam aje sampai petang. Bila malam menjelma, aku pulak yang seronok sebab makan time!!!

Tak jauh dari chalet, ada satu restoran..which aku tak ingat namanya. So kami melantak seafood sampai lebam. Memang aktiviti kesukaan aku la ni.

tomyam...menu wajib sebab anak2 En. Ipin suka soup based food

kailan ikan masin...sayur peberet aku

udang gorang tepung. jenuh nak kasi perabih sebab terpilih sotong saiz besar

ketam bercili oh la laaaaa

butter prawn....yummeh

Harga not bad. Taste pun boleh la. Verdict aku: Udang Harimau. Untunglah aku ni jenis makan bukan pemilih nak yang fresh dari laut ke...apa ke. Aku makan aje janji tak jumpa benda bergerak kat dalam tu atau benda bergerak yang dah tak bergerak....hahaha

Masa datang, kami ikut Lebuhraya Utara Selatan, exit ikut Tol Alor Gajah. Tapi masa balik, aku ajak En. Ipin lalu jalan dalam, iaitu terus ke Port Dickson. Sempat singgah kat Tanjung Tuan tengok rumah api. Sekarang ni kalau berjalan ke mana-mana tema utama selain MAKAN ialah lawatan sambil belajar.

Perghhh...jauh naik ke atas rumah api ni. Krem lutut aku sebab tak warm up terus kena berjalan dalam posisi mendaki walau tak tinggi compare to Gunung Ledang aku still rasa terpancit!

entrance to Rumah Api. Macam gate ke Jurassic Park
tu dia...staircase....
breathtaking view...gambar ni tak cantik. the real thing...subhanallahh!!!

Blue Lagoon...sebab tu kut nama dia camtuh sebab memang veeruuuu mata hitam ku

Kat Rumah Api tu tak boleh masuk la kan. So kami duk keliling aje rumah tu. Ada ramai bird watchers yang datang bawa teropong lensa hebat-hebat. Tak guna teropong pun aku dapat gak nampak beberapa ekor helang terbang tinggi di awan biru.

sampai melecet kaki Aliyah sebab pakai selipar aje. Lain kali packed snickers siap2 dlm keta

Mujur ada orang jual air kat situ. Dapatlah menghilangkan penat dan dahaga. Ada banyak monyet berkeliaran. Anak-anak aku la eksaited dapat jumpa kawan...hahaha

Verdict penginapan: Udang Harimau walaupun chalet ni bukan hotel berbintang 3 dan ke atas, tapi bagi aku dengan kadar sewanya semalam, memang worth your money. Aku paling suka pintu belakang bilik air tu. Trust me...if you have kids, you will thank the owner for doing that. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit