Vampira siap ditulis!

 Beri laluan, beri laluan kepada manuskrip Vampira yang terlebih dahulu sudah siap saya tulis. Kononnya nak menyudahkan kesinambungan KDC. Tapi disebabkan sesuatu telah berlaku, saya dahulukan manuskrip Vampira atau V (sebab tajuknya bukan yang ni).

Alkisah saya memang rancang nak hantar ke sebuah rumah penerbitan, bersama dengan 2 orang penulis lain yang menulis kisah yang serupa. Mulanya kami merancang hendak menerbitkannya sempena pesta buku tahun ini. Tetapi, kita sekadar mampu merancang. Disebabkan penulis yang terlibat sibuk, hajat kami tertunda. Terbaharu, kami diberitahu yang syarikat itu akan menghentikan sementara penerbitan novel bahasa Melayu.

Pada saat manuskrip V dah sampai 80% siap, ia merupakan tampaan hebat buat saya yang dah bersungguh-sungguh ni. Lantas dalam masa yang singkat, saya mengambil keputusan ingin menghantarnya ke sebuah rumah penerbitan yang lain. Tetapi sebelum saya berbuat demikian, saya terlebih dahulu perlu membincangkannya dengan penerbit saya.

Hasil perbincangan itu, saya mendapati ia lebih baik daripada apa yang saya jangka. Editor bersetuju untuk membuat penilaian manuskrip V. Jika bersesuaian, mereka akan menerbitkannya. Seandainya tidak, saya akan berbincang semula dan sama-sama mencari jalan penyelesaian supaya ia boleh juga diterima.

Selepas ini saya akan tumpukan pada kesinambungan KDC pula. terpulangkah kepada editor untuk menilai dan menentukannya. Jika editor mendahulukan V, saya tidak kisah. Jika editor mendahulukan kesinambungan ini, saya juga tidak kisah. Janji mereka sudi menilai dan menerbitkannya.

Ulasan

  1. Apa status vampira skrg ni? Sy minat sgt baca rasa frust sb xdpt baca penuh kat rumah fantasi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit