Rombongan Wak S ke Cameron Highland

First time family besar En. Ipin ke Cameron Highland. Antara ramai-ramai tu, family aku dengan family abang ipar aje yang pernah sampai kat Cameron Highland ni. Aku dapat duty buat booking penginapan dan merancang perjalanan.

cemerlang tak aku? hahahah....

Kami booked homestay kat Al Mashoor Chalet, Taman Sedia.

3 Bilik Beserta :
3 katil bersaiz quen
3 katil bersaiz single
2 Bilik mandi dengan mandian panas
29” TV + Astro + Video player
Dapur dengan kelengkapan kemudahan memasak
Dilengkapi perabot sepenuhnya
Harga: RM400 semalam



ruang tamu

salah satu bilik tidur
Chalet ni muat dengan selesa 11 orang dewasa, 10 kanak-kanak (7-10 tahun) dan sorang baby. See...luaskan? Kat belakang chalet, ada kebun strawbery. Memang kami kena control budak-budak supaya jangan sampai terpetik. Tapi tengok-tengok mak bapak budak yang terover eksaited.

cium-cium jer...jangan petik!

semua dah ready nak jimbas

nampak aje dari luar kecik. tapi kat dalam....luas

kegilaan ramai....ahaks

Cuma ada masalah sikit masa checked-in. Kalo ikut jadual yang aku buat, kami sepatutnya singgah kat beberapa tempat termasuk Mossy Forest. Tapi semua orang macam tak sabar nak masuk chalet. So terus ajelah ke sini. Rupa-rupanya ada hikmah. Telah berlaku double booking. Kami buat tempahan menerusi ejen. Entah kat mana silapnya berlaku pertindihan booking. Tapi alhamdulillah...kami sampai dulu dan ipar duai biras beras aku semua ketegaq tak mahu mengalah. Mujur petugas chalet cekap dan relocate the family tu kat one of their apartment.

Aku simpati kat the other family tu. Tapi aku lebih simpati kat family aku jugak. Kesian mak pak aku tu. Pertama kali bercuti, dah jadi perkara macam ni. Tapi syukur semuanya baik-baik lepas tu. Tapi tak baik juga, tayar Azamba aku pancit terkena paku. Jenuh cari bengkel tayar time cuti-cuti macam tu. Mujur ada. Tu pun jauh ke Ringlet....huhuh.

Kami naik ikut Simpang Pulai sebab memikirkan mak bapak orang tua. Takut pening lalu jalan Tapah. Tapi kena gak lalu sebab abang ipar aku bawa kami pergi Boh Plantation kat Habu. Kalau ikut plan yang aku buat, kami sepatutnya ke ladang teh BOH Sg. Palas. Tapi tak jumpa jalan...huhuhu

kabus...nyaman

winding and treacherous route...gayat oooo

Along Amir, Yoi dan Angah Azrai ralit tengok teh kena proses

teh ketak-ketak

Kat sini tak dapat nak bergambah kat celah pokok teh sebab kena mendaki tangga which is aku sangat malas nak memanjat.

Malam tu kami buat BBQ. Amik gambo semua gelap sebab pencahayaan kurang. Kerana kepenatan, semua tidur nyenyak sekali. Sejuk-sejuk macam tu memang enak tidur....zzzzzzz. Bangun aje pagi, makan aiskrim strawberi kat rumah sebelah. Ada kedai tuuu....hahaha.

ni strawberi aiskrim kat Al Mashoor Farm

Aiskrim strawberi Pak Cik Raju




Verdict tempat penginapan: Udang Harimau
Kalau big family, sesuai sangat tempat ni. Suasana pun nyaman sebab ramai orang Islam. Bersih dan selesa. Dijamin tanpa waswas....ahaks! 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Wadeh Udang