Segalanya Cinta versi e-book
Vampira sudah melalui penilaian penerbit. Malangnya dalam cuaca penerbitan masa kini tidak menggalakkan penerbitan novel fantasi sebegini, makanya manuskrip itu ditolak untuk diterbitkan. Alah bisa, tegal biasa. Saya tak patah semangat. Sebaliknya, perkara itu membuka satu peluang baharu yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini; iaitu self-publish.
Pada mulanya saya merancang mahu menerbitkan novel salinan keras. Tetapi setelah memikirkan risiko dan modal yang terpaksa dilaburkan, saya mengambil keputusan untuk menerbitkannya secara e-book. Kini Vampira hanya menunggu kulit luarnya siap. Setelah siap, saya akan teruskan dengan langkah-langkah seterusnya.
Sementara menunggu cover Vampira disiapkan, saya telah mula mereka letak novel kedua saya yang pernah diterbitkan dahulu iaitu Segalanya Cinta. Hanya menunggu kehadiran e-ISBN sahaja sekarang ini. Sebaik sahaja e-ISBN diperoleh, saya akan muat naik e-book Segalanya Cinta ke laman web e-Sentral.com
E-book Segalanya Cinta akan menjadi penanda aras rancangan masa depan saya dalam melahirkan lebih banyak e-book. Jika segala-galanya berjalan lancar, e-book Sebenarnya Cinta dan Sofi bakal menyusul.

Segalanya Cinta versi e-book |
Ulasan
Catat Ulasan