The Kids Locker

Dulu aku ada masalah fasal brand name syarikat, daripada FUKUKIDS WORLD kepada THE KIDS LOCKER. Hari ni aku ada masalah fasal nama syarikat pula, NOVEL CAFE. Tadi aku pergi SSM konon-kononnya nak tambah maklumat syarikat sebab dalam sijil asal tak ada pun nature bisnes yang aku jalankan. Alkisah, pegawai kaunter tu cakap, nama NOVEL CAFE tu hanya untuk kafe semata-mata dan tak boleh nak guna untuk jenis perniagaan lain. Maknanya mereka ni ikut makna secara harafiahlah yer. Bukan semantik atau anafora atau metafora hatta mistik sekali pun?

Tapi mengapa nama Cyber Cafe boleh padahal mana ada semua pusat kafe siber menjual makanan dan minuman untuk patronnya. Macam tak adil je kan?

Maka kenalah aku mendaftar syarikat baharu dengan nama yang lain. Kelam-kabut aku cari idea dalam waktu yang singkat. Thaqif pula mula dah mengamuk nak beli aiskrim dan tengok LRT Putra lalu kat luar bangunan. Jadi aku call hubby aku tanya. Dia suruh bubuh aje nama kedai. Aku pun malas nak fikir panjang, terus tulis nama kedai.

Makanya syarikat kedua aku bernama THE KIDS LOCKER ENTERPRISE. Saja letak enterprise sebab nak rasa cemana ada enterprise kat belakang nama syarikat. NOVEL CAFE tak ada enterprise. Jadinya aku ni pengarah kepada dua buah syarikat lah yer? Ahahahaha....kalu dapat projek milion milion alangkah sesuainya status pengarah dua syarikat tu. Moga-moga milion bilion! Amin!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit