Penat

The Kids Locker, dua dari kiri. Nampak tak baju-baju yang bergantungan tu?
Hari ini selepas beberapa bulan, aku terasa penat sangat. Walaupun semalam aku menerima dua berita yang begitu menggembirakan, tapi kalau dah penat, memang tak larat langsung dibuatnya. Minggu lepas, dapat kunci kedai. Maka berhempas pulas aku memikul barang-barang naik ke atas kedai tiga hari berturut-turut. Mau turun 3kg lagi...hahaha.

Bukan itu saja. Aku penat juga ke hulu ke hilir mengambil stok buku yang dipesan. Alhamdulillah, Novel Kafe mendapat pesanan buku yang bertimbun-timbun semenjak pesta buku yang lepas. Kemudian sibuk pula uruskan hal kedai sana sini. Ulang-alik ke pejabat pos. Semalam aku terima 2 naskhah Mufin Manja versi terjemahan dalam bahasa Indonesia. Kemudian editor A21 telefon beritahu yang novel aku ditukar tajuk kepada ehem ehem ehem. Tak boleh announce dulu. Kut-kut ada pihak tertentu yang Google tajuk tu dan link terus ke blog rahsia aku ni, buat naya aje...hahaha.

Tajuk novel kali ni memang catchy abis...ecece...perasan lebih. Tajuknya lain daripada tajuk-tajuk novel aku sebelum ni. Mungkin sentuhan A21 kali ni bakal menjanjikan kejayaan yang aku tunggu-tunggu dalam bidang penulisan. Siapa tahu? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Mentang-mentang jadi tutor BM...berperibahasa lah pula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit