Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Kongsi tips 2: Penulisan karya fantasi

Imej
Fantasi bermaksud imaginasi yang tak dibatasi kenyataan, angan-angan, khayalan ( Kamus Dewan Ed. 3 ). Juga bermaksud, obsolete, a hallucination; something, such as an invention, that is a creation of the fancy . " Fantasy is a genre that uses magic and other supernatural phenomena as a primary element of plot, theme, and/or setting. Many works within the genre take place in fictional worlds where magic is common. Fantasy is generally distinguished from science fiction in that it does not provide a logical (or pseudo logical) explanation for the scientifically impossible events that occur, though there is a great deal of overlap between the two (both are subgenres of speculative fiction) ( Wikipedia )." "Kekeliruan antara genre fantasi dan fiksyen sains seringkali berlaku akibat pertindihan antara kedua-dua aliran saster ini. Buktinya, novel Harry Potter and the Goblet of Fire (JK Rowlings) telah memenangi Anugerah Hugo selaku novel fiksyen sains tebaik 2001, sedangka...

Lagu dan Novel

Imej
Sama ada kebetulan ataupun tak sengaja...aku tak ada jawapan. Sedang aku sibuk olah halaman baharu untuk blog ni, aku terjumpa lagu-lagu yang sama tajuk dengan novel aku. Tak terkata aku sekejap....hahahaha. Agak-agak lagu dengan cerita dalam novel aku tu ada persamaan tak? Rasa macam tak ada. Tapi entahlah. Dengarlah dan bacalah sendiri.... Azmani Sebenarnya Cinta

Kongsi tips 1: Penulisan karya fiksyen sains

Imej
Apakah yang dinamakan sebagai karya fiksyen sains (FS)? Definisinya terlalu luas. Salah satunya adalah seperti petikan ini: "Science fiction is a genre of fiction . It differs from fantasy in that, within the context of the story, its imaginary elements are largely possible within scientifically established or scientifically postulated laws of nature (though some elements in a story might still be pure imaginative speculation). Exploring the consequences of such differences is the traditional purpose of science fiction, making it a " literature of ideas ". Science fiction is largely based on writing rationally about alternative possibilities . The settings for science fiction are often contrary to known reality, but the majority of science fiction relies on a considerable degree of suspension of disbelief provided by potential scientific explanations to various fictional elements ." Dipetik daripada Wikipedia Ciri-ciri: spekulasi berasional logik ketekalan dala...

Roti putih (traditional white bread)

Imej
Hari minggu lepas, sambil jaga Thaqif yang kena chicken pox, sempat lagi aku uli roti. Habis sakit dua-dua belah tangan. Siap kena minta urut lagi. Teruk juga nak buat roti rupa-rupanya. Tapi tengok dalam tv macam senang aje chef uli roti. Cara aku salah ke? Walau apa pun, berbaloilah juga usaha selama beberapa jam menguli roti. Dapatlah dalam dua buku roti. Roti tu aku makan dengan sambal sardin. Syedap sampai menjilat jari...yumm. Walaupun crust roti dalam gambar ni nampak gelap sikit, rasanya tetap macam roti cuma tak rasa gebu aje. Kena lebih banyak praktis lepas ni nampaknya. Kalau selalu sangat uli roti, ada muscle lengan aku naik. Tak payah pergi gym pun tak apa...hahaha. Lepas ni aku nak try buat dinner roll plak. Macam bun KFC tu pun nampak best juga. Anak-anak aku suka. Kalau kudrat masih bersisa, hujung minggu ni gak aku buat.

Tak macam dugaan si Bujang Lapok

Minggu ni ialah minggu terakhir cuti sekolah. Kononnya nak bawa anak-anak jalan-jalan makan angin dingin di puncak Genting. Cik Abang punya idea. Aku tolak mentah-mentah sebab memang tak suka pergi Genting. Lebih baik pergi Cameron Highland. Tapi akhirnya, aku mengalah juga sebab jarang-jarang Cik Abang nak ajak berjalan. Tapi malang sekali bila Thaqif kena chicken pox hari Jumaat lepas. Jadi melepas nak pergi puncak Genting. Pagi Sabtu tu, duduk saja di rumah layan Thaqif yang kuat merengek sebab demam panas dek chicken pox. Disebabkan tak ke mana-mana, aku pun suruh Cik Abang pergi pasar Pudu beli barang dapur. Peti ais dah kosong. Punyalah lama Cik Abang pergi pasar sampai aku dah si ap masak. Hati dah rasa macam tak sedap. Tapi aku tak layan sangat. Bila Cik Abang balik, baru aku sedar yang rasa tak sedap hati tadi memang berasas. Cik Abang accident lah pula. Kena langgar kereta waktu nak melintas jalan. Mujur luka dan calar-balar sikit aje. Mulanya aku tak perasan sebab dia selamb...

Seputar Bengkel Penulisan Saifai/Fantasi anjuran AVA 13 Jun 2010

Imej
Bengkel dimulakan oleh Saudara Fadz (Fadli Al-Akiti) yang mengupas penulisan karya saifai/fantasi Sesi kedua diambil alih oleh Saudara Ahmad Patria Abdullah yang mengupas penulisan karya fantasi "The Ugly Duckling" "Owhh...virus B1N14 tu penyakit lelaki rupa-rupanya. Baru aku tau." Bergambar bersama peserta dan penceramah pada penghujung sesi

Popular vs sastera

Imej
Saya lebih suka menggunakan istilah 'popular' daripada 'picisan'. Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan maksud 'picisan' sebagai tidak berharga, rendah mutunya. Tidak mahulah saya meletakkan karya saya dalam kategori 'picisan'. Lebih baik popular sahaja. Definisi 'popular' menurut sumber yang sama pula ialah digemari atau disukai ramai. Lebih baik 'popular' daripada 'picisan', tidak begitu? Entri ini dihasilkan setelah membaca entri Anita Aruszi "Di mana picisnya sesebuah karya?" Selama ini saya hanya pekakkan telinga mendengar perdebatan ini dipanjangkan. Tetapi kali ini saya fikir, saya harus berkata sesuatu mengenainya. Hanya disebabkan seseorang penulis mengilhamkan novel cinta dan kasih sayang dalam bentuk yang santai yang tidak melampau, karyanya boleh dicap picisan. Agak tidak adil. Lewat kebelakangan ini sudah banyak novel yang bertemakan cinta dan kasih sayang yang amat menjaga kesa...

The Ugly Duckling

Imej
Baru selesai mengikuti Bengkel Penulisan Sci-Fi/Fantasi anjuran Astaka Vila Aksara kendalian Fadli Al-Akiti (Jian, Saga Horizon) dan Ahmad Patria Abdullah (Saga Artakusiad). Kata Abang Pat, setiap penulis baharu ialah The Ugly Duckling kerana suatu hari nanti mereka pasti berubah menjadi si angsa yang cantik. Tapi bagi aku, walaupun dah menghasilkan 10+1 novel pelbagai genre, aku masih si Itik Huduh yang entah bila kan berubah menjadi si angsa yang rupawan. Tujuan aku hadiri bengkel sedemikian juga adalah kerana ingin belajar dan berkongsi pengalaman dengan penulis dan bakal penulis. Walaupun dah lama berkecimpung dalam bidang ni, aku masih merasakan ada banyak perkara yang aku tak tahu. Yang benarnya, aku masih mencari arah dan tempat bernaung yang kukuh. Bilakah 'soul searching' ini kan berakhir?

Popular vs Sastera

Imej
Saya lebih suka menggunakan istilah ‘popular’ daripada ‘picisan’. Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan maksud ‘picisan’ sebagai tidak berharga, rendah mutunya. Tidak mahulah saya meletakkan karya saya dalam kategori ‘picisan’. Lebih baik popular sahaja. Definisi ‘popular’ menurut sumber yang sama pula ialah digemari atau disukai ramai. Lebih baik ‘popular’ daripada ‘picisan’, tidak begitu? Entri ini dihasilkan setelah membaca entri Anita Aruszi “Di mana picisnya sesebuah karya?” Selama ini saya hanya pekakkan telinga mendengar perdebatan ini dipanjangkan. Tetapi kali ini saya fikir, saya harus berkata sesuatu mengenainya. Hanya disebabkan seseorang penulis mengilhamkan novel cinta dan kasih sayang dalam bentuk yang santai yang tidak melampau, karyanya boleh dicap picisan. Agak tidak adil. Lewat kebelakangan ini sudah banyak novel yang bertemakan cinta dan kasih sayang yang amat menjaga kesantunan bahasa, baik dari segi tatabahasa dan ejaan. Walaupun ti...