E-novel fantasi: Vampira
Baca di Rumah Fantasi
==========================================
I'm home....hehehe. Kembali ke genre asal. Minat terhadap karya sci-fi/ fantasi merupakan pendorong utama saya menjadi penulis. Malangnya tika saya baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan, tiada yang sudi menerbitkan karya seumpama ini (sekitar tahun 1995). Kalau ada pun DBP. Tapi kemampuan bahasa Melayu saya ketika itu tidak memenuhi piawaian mereka. Maka atas nasihat penerbit, saya memaksa diri menulis novel cinta...tapi disulami dengan adventure kerana saya tak pandai nak menulis kisah cinta 100%. Kerana Dia Cinta ialah cubaan pertama saya menulis kisah cinta yang tak ada unsur adventure. Eh ye ke? Ada lah juga 1% unsur penyamaran...hahaha.
Walau apa pun, jiwa saya memang sukakan cabaran. Maka dalam siap karya yang saya tulis, pasti terselit aksi-aksi ala-ala perisikan. Dengan lahirnya e-novel Vampira, saya ingin menguatkan skil menulis karya sci-fi/fantasi yang sudah terpadam sikit gara-gara permintaan pasaran ketika itu (1995). Siri Akademi Gemilang ialah cubaan pertama secara serius dalam usaha menulis karya sci-fi/fantasi dan saya bercadang membawa siri itu pergi jauh selari dengan usia watak-watak yang mengunggulinya.
=========================================
Saya sedang membuat perancangan bagi menerbitkan sendiri karya-karya terdahulu yang sudah tidak ada di pasaran iaitu Sofi (1997), Segalanya Cinta (2002) dan Sebenarnya Cinta (2004). Insya-Allah.
Ulasan
Catat Ulasan