Aku selalu tengok iklan Petronas dan Shell mengenai keselamatan menggunakan gas memasak. Yang aku ingat tentang tips-tips keselamatan yang dipaparkan sama ada melalui Maria Tunku Sabri JJCM (Petronas) ataupun Raja Azura a.k.a Kak Engku (Shell) atau iklan daripada Filem Negara Malaysia (kalau aku tak salah ler) ialah cara bagaimana hendak memeriksa kebocoran gas dengan menggunakan buih sabun, jangan letak tong gas anda dalam posisi baring, jangan letak benda panas di atas tong gas, guna tiub gas yang ada cop SIRIM, tukar tiub gas dengan kerap dan banyak lagi. Malangnya dalam banyak-banyak tips tu, aku lupa sesuatu. Aku hanya diingatkan sebentar tadi oleh seorang rakan sekerja. Katanya, setiap kali selepas selesai menggunakan gas memasak, kita sepatutnya tutup gas can cabut kepalanya. Selama ni aku tak pernah buat pun. Masa balik kampung aje aku cabut kepala gas. Tapi kalau pergi kerja, masakan cabut, pusingkan suis kepala gas pun aku tak pernah buat. Kawan aku kata, kalau tak tutup kepa...
Aku memang tak berapa pandai nak menggoreng bihun. Selalu kalau balik ke rumah ibu mertuaku, biras yang rajin goreng dan mendapat pujian. Jadi aku tak payahlah nak tunjuk skil. Kang rasa tak hapa-hapa, muntah plak orang...hahahaha. Tapi hari ni rasa macam nak try goreng bihun. Maka macam biasa, aku Google ajelah resepi. Jumpa satu resepi kat blog Cik Matahariku . Kat bawah ni, aku kongsikan resepi dari blog beliau. Disebabkan aku copy pasta tulisan beliau, maka aku italic font tu menunjukkan itu hak cipta penulis asal...ngehehe. Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng Sedap Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin) 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris) 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Setengah gengam ikan bilis ( direndam) Setengah gengam udang kering ( direndam) Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar. Air secukupnya untuk rendam bihun. 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen) Garam, gula dan ...
Seharian menjadi fasilitator bengkel penulisan membuatkan aku keletihan dan selera makan bertambah sikit...er...banyak ekekekeke (bilalah aku dapat kuruskan badan sesaiz zaman belajar dulu ek?). Anyway, rezeki aku pun murah hari ni bila dapat bawak balik kari ikan tenggiri dan nasi yang berlebihan. Balik rumah terus panaskan sambal bilis kelmarin. Biasalah...sambal bilis hayat panjang. Oleh sebab aku leka mencuci botol susu kakak dan adik, tak perasan pula hangit sambal aku. Masa makan, baru perasan kehangitanya. Tapi taklah sampai pahit tak boleh telan. Tengah sedap mengunyah, aku teringat masa zaman sekolah di asrama dahulu. Disebabkan lauk asrama - nasi kawah, ikan jaket, asam pedas air hujan -tak begitu menyelerakan, maka aku dan kengkawan selalu bawa sambal bilis. Selalunya aku bawa sikit aje sebab tak mahu susahk an arwah nenek. Sambil bilis arwah nenek memang sedap. Sampai hari ni walaupun menuntut ilmu dengan dia sejak kecik, aku gagal meniru sambal bilis nenek. Dah bawa sikit ...
thanks kak, dah lama tunggu sambungannye ^_^
BalasPadamsama-sama. selamat membaca
BalasPadam