Love of my life

The love of my life (in career), sudah tentunya menulis. Sebab aku memang suka menulis. Berbaloi sekiranya ada orang menghargai karya kita. Tapi penghargaan bukan hanya daripada pembaca/peminat. Penghargaan pertama harus datang daripada penerbit sendiri. Kalau penerbit menganggap karya kita sebagai mengisi kuota penerbitan semata-mata, sudah tentu mutu karya kita tidak begitu dititikberatkan. Aku bersyukur sebab aku sendiri ialah editor. Jadi berupaya menyunting buku sendiri sebelum diserahkan kepada jemari seni yang pakar dalam hal edit-mengedit. Masalahnya, apa jadi sekiranya karya kita diberikan kepada editor yang kurang ilmu dan kepakaran? Outputnya, yang sudah betul akan disalahkan. Perubahan pada manuskrip akan dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada penulis. Daripada gaya suntingan, dah boleh teka sama ada editor tersebut mahir ataupun tak berpengalaman. Sebagai penulis, aku mengharapkan editor lebih peka kepada kesilapan, kekurangan dan kepincangan yang aku buat.

Tika ini aku agak kecewa dengan hasil suntingan salah satu manuskrip aku yang bakal terbit tahun ini. Aku akui karya yang ini adalah sangat istimewa (bukan yang 3 lagi tu tak istimewa, tapi yang ni merupakan kesinambungan). Dua novel sebelum ni memang disunting dengan amat kemas dan bergaya sekali. Tapi yang kali ini agak mengecewakan. Aku tak fikir ia ditangani oleh editor yang sama. Maafkan aku kalau ada pihak yang terasa. Sebagai penulis yang melahirkan manuskrip tersebut aku berhak meluahkan perasaan. Aku bukan nak tunjuk handal...mentang-mentanglah editor, nak tunjuk lagak. BUKAN!

Aku cuma mahu meminimumkan kesilapan ejaan dan tatabahasa. Yang lain aku ikut poetic justice. Karya aku bukan karya sastera. Hanya karya picingan yang aku mahu jaga keelokannya. Itu saja.

Kekecewaan yang aku rasa bagai tiada penawarnya....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit