Rabu, 19 Ogos 2009

Makan Place: Bagan Nakhoda Omar

14 tahun aku ulang alik dari KL ke Bagan Datuk, tempat ni memang tak selalu aku singgah. Pertamanya sebab aku tak tahu tempat ni wujud. Kedua, En. Ipin ni pengulir (bahasa Banjar yang bermaksud malas) sikit bab-bab nak menyinggah. Kalu aku tak veto, memang tak singgah la...hahahah

First time aku jejak sini, kawan sekerja yang bawa. Masa tu kami buat lawatan ke tapak projek yang dekat dengan tempat ni. Makanan paling femes ialah udang kertas besar goreng tepung. Perghhh...memang terbaiklah. Rangup! Udangnya fresh dari laut.

kat pantai ni tak boleh mandi sebab berlumpur dan berselut

inilah dia udang goreng tepung yang sangat super ohsem mabelessss

mi udang
Uniknya kat sini, apa-apa saja jenis menu, mestia da udang. Contohnya macam makanan ni, Nasi Ayam Udang

udangggggg....


Ada satu lagi menu, udang goreng cili api (bukan tumbuk tapi potong-potong). Perghhh.,...aku ratah aje. Sampai tak sempat nak amik gambo. Selain menu udang, ada juga kerang bakar. Sos cilinya sedap. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan