Berkebun sambil bekerja

Tak ramai antara kita yang punya masa senggang untuk berkebun. Dulu aku rajin gak bela pokok bunga. Tapi disebabkan masa tak cukup banyak, semua pokok habis mati. Mujur laki aku suka berkebun. Sekarang ni dia pula take over kerja-kerja tukang kebun kat kebun bunga sekangkang kera kat depan umah aku. 

Ada pokok rozelle, pandan, cekur, kunyit, bunga keembong dan gelingau (tak tau dlm BM/BI nama pokok ni). Orang Jawa selalu guna untuk buat gelang tangan baby baru lahir. Kononnya nak jauhkan benda-benda halus. Bau dia sedap, refreshing

Walaupun aku dah tak ada masa nak berkebun di rumah, tak bermaksud aku tinggalkan terus aktiviti tu. Di pejabat, bila ada waktu senggang, aku akan berkebun. Banyak dah kebun aku. Kebun Barn Buddy, Farmville, Sunshine Ranch, Farm Pals...itupun ada juga orang ajak buka kebun lain. Tak larat aku plak. Lagipun aku tengah busy dengan kehidupan maya di Yoville dalam FB aku yang satu lagi)...mueheheheh. Berapa banyak akaun daaaa....

Sebenarnya aku tak tau apa nak tulis dalam blog yang tak lama tak hapdet ni. Makanya aku tulis ler entri ni. Sekurang-kurangnya tak lah blog ni bersawang lama-lama sangat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit