Balik kampung

Hari ni mungkin hari terakhir bekerja sebelum cuti raya bagi kebanyakan warga kota. Mulai petang ini maka jalan-jalan raya menghala ke luar KL akan mulai sesak dengan kenderaan pengguna yang mahu pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.
Aku pun akan menyertai rombongan pulang ke kampung ini pada hari Ahad nanti. Harap-harapnya keadaan jalan raya tidak begitu sesak kerana jika dikira hari ini, warga kota ada 5 hari bagi merancang waktu perjalanan. Maknanya balik berdikit-dikitlah. Tak adalah balik sekali gus beramai-ramai. Kurang kenderaan atas jalan, kuranglah kecelakaan.

Dan ini entri terakhir sebelum raya sebab aku payah juga nak bawa laptop balik kampung. Nak bawa modem dan wayar penyambung talian lagi. Nanti kat sana kena buat kerja-kerja penyambungan. Kena angkut meja kerusi supaya dekat dengan talian. Heh...sulitnya, bukan kerja gampang ini. Lagipun nanti nak beraya, kenalah mengusung laptop ni ke mana aku pergi. Nak tinggalkan kat rumah, takut dicopet maling. Maklumlah...umah kampung jarang berkunci. Kalau kunci pun, banyak point of entry si maling. Tak payah susah-susah nak umpil pintu...ehehe.
Kesudahan yang gampang, aku tak payah bawa laptop ni. Maka berpisahlah aku dengan dunia siber selama 10 hari. Adoi! Lamanya! Maka aku mengambil kesempatan ini memohon maaf atas segala salah silap: tersilap tulis, terkasar bahasa, terover gurau, tersalah makna dan segala 'ter' yang berlaku tanpa disengajakan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Pandulah dengan cermat, jiwa selamat. Pakai tali pinggang keledar demi nyawa tercinta. Berhentilah rehat, moga semuanya selamat. Amaran: Jangan main mercun.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit