Cikgu Sabariah

Sabariah o Sabariah....Teringat cara Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku memanggil pelakon Sarimah yang memegang watak Sabariah yang menggilai Kassim Selamat. Kalau sebut nama Sabariah ni, aku teringat pula pada Cikgu Sabariah. Beliau guru Sastera dan Bahasa Melayu semasa aku tingkatan empat dan lima. Beliau jugalah yang mencetuskan minat mendalam terhadap subjek Sastera dalam diri aku. Beliau menggalakkan semua pelajarnya menulis cerpen, novel dan skrip drama sebab dah jadi pelajar sastera. Dah belajar segala alat-alat penulisan.

Nampaknya aku sorang ajelah yang menyahut cabaran beliau...ehem. Eh ye ke? Ada sorang rakan sekelas aku yang menyahut cabaran ni. Tapi dia lebih tertumpu kepada penulisan artikel semi-ilmiah. Aku...hehehe...tak minat sangat tulis artikel ilmiah walaupun dah banyak artikel yang aku hasilkan semasa bekerja dengan institut dulu.

Kini aku lebih aktif menulis dalam genre kreatif. Jadi, demi mengenang jasa baik Cikgu Sabariah yang banyak mendorong minat aku dalam bidang penulisan, maka aku nak tujukan novel terbaru aku kepada beliau. Dan aku nak cari beliau supaya aku dapat hadiahkan kesemua novel-novel yang berjaya aku hasilkan setakat hari ni (itu pun kalau aku dapat jumpa stok lama novel-novel aku zaman dulu...hehehe).

Tapi bila novel terbaru aku nak keluar ya? Satu soalan cepu (c)emas yang aku sendiri tak boleh nak pastikan. Yang pasti aku tengah berhempas pulas menyiapkan segala benda yang aku hutang. Cuma masalah utama aku sekarang ialah susah nak fokus. Entah apa yang aku fikirkan, aku pun tak tau...Hmm....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit