Hospital mana?

Persoalan yang sudah sekian lama aku tangguhkan daripada dibincangkan oleh diri aku sendiri kini akhirnya terpaksa dijawab. Sampai doktor aku pun pening kepala menanti jawapan aku. Bagi sesetengah orang memang tak susah nak memilih hospital mana yang hendak dijadikan sebagai tempat bersalin. Tapi bagi aku, ini satu persoalan besar. Sebabnya?

Sebabnya semenjak minyak naik ni, kena ubah gaya hidup. Kena berjimat cermat dan amalkan perbelanjaan berhemah. Jadi tak bolehlah aku nak bersalin di hospital swasta macam dulu. Baru-baru ni kawan aku dikenakan caj antara RM6000 hingga RM7000 kerana menjalani prosedur C-Section. Tapi yang sorang tuh 70% institut leh cover. Aku? Sapa nak cover? Sendiri jugalah. Makanya terpaksalah memikirkan opsyen kedua iaitu hospital kerajaan. Tang ni aku fobia sket.

Bukan sengaja nak mengutuk hospital kerajaan tanpa bukti ya. Tapi aku memang ada bukti sebab kali pertama bersalin memang di hospital kerajaan. Pengalaman paling teruk. Aku sepatutnya saman hospital tuh disebabkan kecuaian, tapi masa dulu muda lagi. Tak paham hak sendiri. La ni kalu nak saman pun, kes dah lapuk. Aliyah pun dah umur enam tahun. Kes tu yang buat aku fobia nak bersalin di hospital kerajaan.

Tapi tak kan lah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dan disebabkan harga minyak naik juga, aku terpaksa terima opsyen kedua dengan rela hati. Lagipun aku baru dapat tau, yayasan leh cover up to RM3000 jika bersalin di hospital kerajaan. Jadi...tak kan nak jual mahalkan?

Cuma kebimbangan tetap ada. Aku harap hospital kerajaan yang baru juga beroperasi ni tak menghampakan aku seperti mana hospital H*** dulu yang buat aku fobia nak bersalin secara normal. Tadi aku pergi buat appointment kat Hospital S****** ni. Memang cantik ambiancenya. Kalah ler ngan hospital swasta yang kecik-kecik tuh. Skeptisme aku tetap ada sebab aku dihantui oleh peristiwa lama. Tapi alhamdulillah...layanan stafnya baik...peramah. Bukan macam stereotaip misi gomen yang garang cam rimau mati anak. 

Aku harap layanan ni kekal mesra dan peramah sehinggalah aku selamat melahirkan anak bulan 8 nanti. 

Kadang-kadang aku tak paham bila fikirkan apa yang stressnya keje ngan gomen ni. Memanglah gajinya sikit. Tapi benefitnya banyak - loan umah kerajaan yang rendah kadar riba' eh bunganya, caj hospital tak perlu bayar, ada kuarters, kejenya pun tak lah stress mana. Udah ler waktu minumnya sampai tiga kali - pagi, pukul 10.30am, lunch....Makcik-makcik kat kampung pun selalu cakap...senang keje ngan gomen ni. Terjamin...kejenya pun tak banyak kerenah.

Bagi aku yang pernah masuk gomen sekejap, memang aku akui, kerjanya rileks. Yang jadi susah bila lambak keje. Ha...mulalah kelam kabut. Hakikatnya, keje ngan gomen memang menyenangkan, rileks dan sepatutnya tak ada stress. Jadi aku pelik ngapa ada sesetangah kakitangan gomen yang garang ngalahkan rimau terutama yang bertugas di sektor perkhidmatan? 

Sapa bleh jawab?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit