Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2007

Kudrat teruji

Kali ini kudrat aku benar-benar teruji, secara fizikal dan juga mental. Dua minggu lepas, pada hari Sabtu, aku terima manuskrip novel cinta remaja/dewasa (tajuk masih rahsia) untuk diedit semula. Masa yang diberikan tidak sampai satu minggu. Hari Khamis dah kena hantar semula kepada penerbit untuk pembetulan dan pembuatan filem. Hari yang sama juga, aku terima satu lagi manuskrip iaitu projek pertama novel remaja/awal remaja. Masa yang diberikan juga suntuk. Hari Selasa sudah dipulangkan kepada penerbit untuk pembetulan. Kedua-dua manuskrip ini akan diterbitkan pada bulan April nanti. Sudah tentu pasaran utamanya ialah semasa pesta buku hujung April nanti. Sebenarnya dalam waktu yang sama aku bergelut dengan dua buah manuskrip tadi, janji lama telah dituntut oleh penerima janji. Aku terpaksa berhempas pulas menyiapkan satu novel pendek. Dalam masa dua hari aku perah otak menyiapkannya. Walaupun aku sudah ada manuskrip di tangan, tetapi memandangkan usianya sudah agak lama, isi kandunga...

Apek oo Apek

Hari ni aku dapat satu pengajaran berharga. Sewaktu dalam perjalanan ke kelas tadi (sekrang aku kat computer lab kampus..tehehe...sempat lagi tuh), terserempak dengan jammed. Biasalah Jalan Loke Yew - jalan raja segala jammed. Masa nak lalu bulatan kecil yang nak ke Jalan Tun Razak tuh (aku tak tau bulatan apa namanya), punyalah banyak kereta sampai tak boleh nak lalu. Tetiba ada sorang apek naik motor buruk sambil bawak bateri kereta dalam bakul motor. Tiba-tiba dia slow dan berhenti di tengah-tengah jalan. Aku mulalah mengata yang macam-macam. Apek ni...rosak plak ke motor dia kat tengah-tengah jalan ni? Kang kena sondol ngan lori kang ngeri plak aku nak nengok. macam-macam ler aku mengata si apek seluar pendek tuh. Aku pandang ler dia ngan mulut aku yang kumat kamit tuh. Dia pun pandang aku dengan muka garang. Aku ingat dia marah aku. Ropanya dia suh aku lalu. Laaaa....ropa-ropanya dia bagi laluan pada kendeeraan datang dari arah Loke Yew untuk lalu. Cayalah aku kat apek tuh. Sanggu...
Insya-Allah novel kelima saya dengan Kaki Novel akan berada di pasaran pada pertengahan bulan April nanti. Sekarang novel berkenaan sedang dalam proses suntingan editor KN. Kulit novel juga sedang direka oleh pereka grafik. Malah bukan itu sahaja, novel remaja saya yang pertama akan berada di pasaran pada penghujung April atau awal bulan Mei. Ini merupakan usaha sulung saya untuk menceburi bidang penulisan novel remaja yang sedang giat berkembang. Novel ini merupakan novel remaja bersiri. Manuskrip tersebut juga sedang disunting oleh editor syarikat penerbitan berkenaan. Ini bermaksa, jika segala-galanya berjalan lancar, pada bulan April nanti saya akan ada double novel yang akan masuk ke pasaran. Dan saya juga akan bekerjasama dengan dua penerbit dengan dua nama pena yang berbeza sedikit kerana hendak membezakan genre penulisan saya. Sekiranya kedua-dua penerbit memberikan lampu hijau, saya akan siarkan tajuk, kulit novel berserta dengan sinopsisnya sekali tidak lama lagi. Jadi, nanti...

Walking in the past

Imej
Dah bertahun aku tak jejak kaki ke situ. Semenjak aku meninggalkan tempat itu 7 tahun lalu, baru hari ini aku jejaki balik. Banyak yang dah berubah. Dahulu gondol. Sekarang penuh rimbun dengan dedaun hijau yang meredupkan taman ilmu itu. Terasa semacam juga tatkala aku menginjak kaki ke jejak-jejak yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu. Inilah tempat di mana aku pernah 'jatuh', tempat aku menyain nama untuk mencabarkan diri mendaki puncak setinggi 7000 kaki. Laluan kedamaian tempat aku melintas setiap kali mahu mencabar diri mendaki...ehehehe. Seram aje tatkala itu. Walking in the past ler plak.... Di tapak inilah Bongo declare cintanya pada Eta depan kita orang dulu. Masa tuh empunya badan tiada di situ. Oi korang...kawan, kawan jugak. Sempat korang main cinta yer...ekekeke. Dah ada dua orang anak dah pun...betullah korang ni. Senyap-senyap cam sniper . Sedang aku dok berangan sambil pegang kamera ingat masa lampau, tetiba aku terserempak ...

Cinta Lukisan Jiwa di Avenue K dan Ghost Rider

Imej
Cinta Lukisan Jiwa Tadi sempat singgah sebentar di Avenue K menyaksikan pelancaran mini (tak kan lembut kut...ehehehe) atau soft launch novel Dina Najat berjudul Cinta Lukisan Jiwa terbitan terbaru Kaki Novel . Malang sungguh hari ni sebab aku lupa nak bawa kamera. Selalunya walau ke mana saja aku pergi, kamera aku sentiasa di sisi. Tapi hari ni terpaksa tumpang kamera Kak Noor dan kamera Anim (jangan lupa emel yer). Sama seperti masa soft launch KSL dulu, aku tak dapat nak bertandang lama-lama. Aku ada hal, ada misi yang perlu diselesaikan, ada hutang yang perlu dilangsaikan. Maaf yer Dina, bos KN, kawan-kawan semua terutama Kak Noor yang ugut tak mo datang soft launch aku...huwaaaaa...aku terpaksa memendekkan masa santai bersama kalian semata-mata kerana Ghost Rider...wakakakaka. Habislah benjol kepala aku kena ketuk sat lagi. Ampun ya semua. Walau apa pun, aku nak memberi laporan mengenai pertemuan tadi memandangkan Wabbit tak dapat hadir sebagai pemberita rasmi kerana dikhabarkan d...