Virus Varicella

Chickenpox berasal daripada perkataan bahasa English lama "gican" yang bermakna "to itch" atau daripada perkataan Perancis lama "chiche-pois" yang bermaksud kacang kuda, yang menggambarkan saiz lesion (luka chickenpox). Penyakit kulit yang mudah berjangkit ini disebabkan oleh jangkitan virus Varicella.

"The varicella virus is an enveloped, double-stranded DNA virus. It attaches to the wall of the cell it invades, and then enters the cell. The virus uncoats and is transported to the nucleus where the viral DNA replicates creating new virions that are eventually released from the cell to infect other cells."

Hari ni masuk hari kedua aku dijangkiti oleh virus ini. Jangan sangka yang dah pernah kena masa kecik boleh tak kena sekali lagi. Doktor kata mungkin aku terlalu letih atau stress. Sebab itu bila Aliyah kena chickenpox, aku punya immunity lemah. Tapi yang peliknya, Nurin tak pula dijangkiti virus ni. Padahal dia lebih terdedah dengan Aliyah. Mungkin sistem imun badan dia lebih kuat daripada aku...kekeke.

"Chicken pox is acquired by direct contact with infected blister fluid or by inhalation of respiratory droplets. When a person with chicken pox coughs or sneezes, they expel tiny droplets that carry the varicella virus."

Aku pelik bila kawan aku kata, chickenpox berjangkit menerusi kuping luka. Tapi menurut kenyataan di atas, virus ini berjangkit menerusi cecair luka atau pemindahan melalui batuk dan bersin. Disebabkan kepercayaan bahawa kuping chickenpox yang lebih berbahaya daripada cecairnya, maka aku dilarang kembali ke pejabat oleh persatuan ibu-ibu mengandung di opis aku yang memang takut berjangkit.

Hoorey! Maknanya aku boleh cuti panjang. Doktor bagi MC seminggu aku. Memang tak cukup. Sebab masa Aliyah sakit, dua minggu baru kering betul-betul.

Cara chickenpox ni nak memunculkan dirinya memang thrill betul. Mula-mula aku demam sekejap-sekejap. Sakit-sakit sendi dan tubuh badan. Macam demam urat. Pening, penat dan kaki bengkak. Rupa-rupanya, lepas chickenpox tu jadi belon air, baru ler simptom-simptom tuh hilang kecuali bengkak kaki yang masih aku alamai sekarang. Buat gempak aje. Ingatkan dah kena denggi.

Bos aku soh rehat kat umah. Rehat banyak-banyak lama-lama pun boring juga. Udahlah tak leh ke mana-mana, kena kuarantin. Apalah aku nak buat ek?

Ulasan

  1. salam izza...sian awak kena chicken pox... ni tgh berehatlah niyea... mkn x ubat untuk hentikan spot kuar? nanti comot muka tu...org tua2 kata kena bnyk pantang...jgn tgk cermin nanti makin bnyk, jgn mkn mknan bergoreng nanti gatal, jgn mkn telur nanti bernanah, jgn mkn kicap nanti tinggal kesan hitam...(tak taulah betul ke tidak) tp masa anim kena chicken pox anim pantang habis...alhamdulillah tak de parut...pastu amik ubat dan x bnyk spot kuar...

    take care yea izza...

    BalasPadam
  2. hehehe...saya tak pandai pantang. main tibai sumer. doc cuma bg vitamin C utk cantikkan kulit balik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit