Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2006

Antara haruman bunga rampai dengan haruman lavender

Imej
Pada 23 Disember 2006, telah tercatat tiga peristiwa bersejarah buat insan-insan yang dekat dengan ku. Dua daripada insan ini ialah adik aku sendiri iaitu Lin dan Hazi a.k.a Enigma (pinjam muka aje). Satu lagi ialah ahli keluarga terbaru Kaki Novel iaitu Eita Ashyta. Lin dan Hazi telah melangsungkan pertunangan mereka bersama jejaka idaman masing-masing. (Tapi lom tentu lepas tapisan kakak sulung depa lagi, aku ler. Ngehehe). Rombongan meminang Lin datang pukul 11 pagi dan berlagaan dengan majlis pelancaran Kasih Seharum Lavender , 'anak sulung' Eita. Aku memang dah berbelah-bahagi sejak tahu mengenai kedua-dua event avant garde ini. Antara adik-adik aku dengan keluarga baru KN, dua-dua sama penting. Lalu aku pun buat keputusan, tak mau missed mana-mana occasion . Jadi pagi-pagi buta lagi aku dah ke umah mak, tolong itu dan ini. Tepat pukul 10.30 pagi aku pun berkancil ke Avenue K. Masa sampai, ramai tetamu Eita dah tiba kecuali Eita sendiri dan bos KN yang masih tak nampak m...

Pendermaan organ

Imej
Pendermaan organ atau organ transplant...bunyinya masing asing di pendengaran kita (mungkin bagi sesetengah orang, tidak begitu). Tapi cuba tanya pada makcik-makcik atau pakcik-pakcik kita kat rumah tu, faham tak mereka dengan istilah tersebut. Aku pasti tak semua mereka akan faham. Kalau ada yang faham pun, mereka mungkin keberatan untuk mendermakan organ mereka. Bukan setakat golongan tua sahaja, malah di kalangan kita belia dan remaja juga ada yang masih tidak faham istilah pendermaan organ. Organ manusia seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang, sumsum tulang dan kornea boleh didermakan. Kalau nak baca lebih lanjut mengenai hal ni, bolehlah beli edisi terdahulu majalah Visi yang dikeluarkan pada bukan Januari 2006 lalu. Di dalam majalah ni lengkap terkandung maklumat mengenai pendermaan organ yang dikupas dari setiap sudut - undang-undang, sains dan agama. Turut juga memuatkan sesi temu bual bersama Pn. Fatimah Osman, ibu kepada Muhammad Fikri yang sudah setahun menjalan...

Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Intelektualisme

Bengkel Kajian Novel popular di Malaysia yang telah selamat berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 15 Disember 2006 yang lalu telah berjaya menghimpunkan ramai penulis novel popular, pengkritik novel, pemerhati dan tidak kurang juga peminat novel sastera. Bertemakan Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Intelektualisme, bengkel tersebut telah berjaya mengupas 16 buah novel berdasarkan skop kajian yang telah dikenal pasti. Novel-novel yang dibincangkan adalah seperti yang berikut: 1. Mahligai Cinta , Sri Diah (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Hashim Ismail. Sudut kajian: Kenapa membaca novel popular? 2. Tunjukkan Aku Satu Bintang , John Norafizan (Creative) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Rosnah Baharudin. Sudut kajian: Nilai kekeluargaan yang kabur 3. Bagaikan Puteri, Ramlee Awang Mursyid (ALaf 21) dibincangkan oleh Mohamad Saleeh Rahamad. Sudut kajian: Sebuah hikayat moden 4. Pasrah Kasih , Mazia Harris (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Misran ...

Kena cabut ke?

Aku selalu tengok iklan Petronas dan Shell mengenai keselamatan menggunakan gas memasak. Yang aku ingat tentang tips-tips keselamatan yang dipaparkan sama ada melalui Maria Tunku Sabri JJCM (Petronas) ataupun Raja Azura a.k.a Kak Engku (Shell) atau iklan daripada Filem Negara Malaysia (kalau aku tak salah ler) ialah cara bagaimana hendak memeriksa kebocoran gas dengan menggunakan buih sabun, jangan letak tong gas anda dalam posisi baring, jangan letak benda panas di atas tong gas, guna tiub gas yang ada cop SIRIM, tukar tiub gas dengan kerap dan banyak lagi. Malangnya dalam banyak-banyak tips tu, aku lupa sesuatu. Aku hanya diingatkan sebentar tadi oleh seorang rakan sekerja. Katanya, setiap kali selepas selesai menggunakan gas memasak, kita sepatutnya tutup gas can cabut kepalanya. Selama ni aku tak pernah buat pun. Masa balik kampung aje aku cabut kepala gas. Tapi kalau pergi kerja, masakan cabut, pusingkan suis kepala gas pun aku tak pernah buat. Kawan aku kata, kalau tak tutup kepa...

Sambal hangit

Imej
Seharian menjadi fasilitator bengkel penulisan membuatkan aku keletihan dan selera makan bertambah sikit...er...banyak ekekekeke (bilalah aku dapat kuruskan badan sesaiz zaman belajar dulu ek?). Anyway, rezeki aku pun murah hari ni bila dapat bawak balik kari ikan tenggiri dan nasi yang berlebihan. Balik rumah terus panaskan sambal bilis kelmarin. Biasalah...sambal bilis hayat panjang. Oleh sebab aku leka mencuci botol susu kakak dan adik, tak perasan pula hangit sambal aku. Masa makan, baru perasan kehangitanya. Tapi taklah sampai pahit tak boleh telan. Tengah sedap mengunyah, aku teringat masa zaman sekolah di asrama dahulu. Disebabkan lauk asrama - nasi kawah, ikan jaket, asam pedas air hujan -tak begitu menyelerakan, maka aku dan kengkawan selalu bawa sambal bilis. Selalunya aku bawa sikit aje sebab tak mahu susahk an arwah nenek. Sambil bilis arwah nenek memang sedap. Sampai hari ni walaupun menuntut ilmu dengan dia sejak kecik, aku gagal meniru sambal bilis nenek. Dah bawa sikit ...