Segalanya Cinta

:: Sinopsis
Watak utama yang memainkan peranan dalam rentetan kehidupan fiksyen ini ialah Arissa, Izhan dan Daniel. Hikayat bermula dengan cinta tidak berbalas antara Arissa dan Izhan sewaktu di universiti. Lantaran kecewa kerana tidak menerima sebarang respons daripada Izhan, Arissa telah membawa dirinya sekali gus mengasingkan diri daripada rakan-rakan seperjuangannya yang lain.

Setelah berjaya membina semula keyakinan diri akibat kecewa cinta tak berbalas, Arissa bertemu dengan Daniel dan mengikat tali pertunangan. Saat bahagia yang dirasainya tergugat oleh kehadiran Daim. Daim yang tidak mengerti telah mengembalikan memori luka Arissa dan cuba mendamaikan wanita itu dengan Izhan. Kehadiran Daim juga telah menyebabkan Arissa terpaksa berhadapan semula dengan mimpi ngerinya dan kenyataan lampau yang telah lama dinafikannya.

Malah luka Arissa bertambah parah apabila Izhan muncul menagih simpati. Daniel pula seakan merelakan. Tersepit dengan konflik ini, satu musibah berlaku menambahkan kepahitan dalam hidup Arissa. Keyakinan yang dibinanya selama ini hancur berkecai. Di luar pengetahuannya Daniel telah mengikat satu janji bersama Izhan. Janji yang membuatkan Izhan serba-salah dan rasa bersalah.

Mampukah Izhan menunaikan janji Daniel? Adakah Arissa sudah bersedia memilih pilihan yang hanya tinggal satu? Jawapannya ada dalam Segalanya Cinta.

:: Di Sebalik Tabir Penulisan
Tajuk asal Maafkan Aku, Sayang sebelum ditukar oleh editor. Setelah kecewa kerana percubaan pertama dalam arena penulisan novel remaja tidak berjalan selancar yang dijangka, aku berhasrat untuk mencuba lagi. Kali ini aku sendiri menghubungi penerbit tersebut. Maka terhasillah novel kedua yang menggunakan nama penuh (cadangan daripada editor).Novel ini tercetus daripada pengalaman lalu sewaktu menuntut di IPTA.

Mendengar cerita dan pengalaman rakan-rakan mengenai cinta, telah memberikan ilham untuk menulis cereka ini. Disulami juga dengan pengalaman sebenar terutama yang melibatkan aktiviti lasak iaitu mendaki gunung. Malah ada beberapa watak dalam novel ini memang wujud; mereka ialah rakan-rakanku sendiri. Pada mulanya aku ingin mengakhiri cerita ini dengan sad ending. Malah sudah sedia untuk dihantar kepada penerbit. Namun pada saat-saat akhir, aku mengubahnya. Kenapa ya? Hm... kena buka diari untuk melihat apa yang membuatkan keputusan itu berubah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Wadeh Udang