Aku menang RM 100,000.00

Aku menang ringgit Malaysia seratus ribu!!! Yahoooo!!!Hm...alangkah bagusnya jika perkara itu satu kenyataan. Aku hampir memenanginya...mungkin. Dan mungkin kisah ini pernah berlaku kepada kalian juga.Petang Jumaat lepas, aku makan di Harjis Bistro dekat Bdr Sri Permaisuri. Sewaktu pulang, ketika aku mahu sedang menghidupkan enjin kereta, tiga orang pemuda berbangsa Cina - lepasan SPM agaknya, menghampiri Kancil kepunyaan adik ku. Waktu itu, Aliyah, Nurin dan adik bongu ku sudah pun bersiap sedia hendak pulang ke rumah. Salah seorang daripada mereka yang kelihatan seperti Saiful Malaysian Idol bertanyakan soalan kepada ku mengenai pasar raya yang aku selalu pergi. Aku jawab dengan sambil lewa - sebab aku tahu mereka nak menjual sesuatu. Sebaik sahaja aku mahu beredar, mereka menghulurkan sekeping sampul surat kecil. Menurut mereka, ia sebagai hadiah kerana sudi menjawab pertanyaan mereka tadi. Aku, dengan tanpa syak apa-apa terus membuka sampul surat itu. Sebelum itu sempat mereka berkata, sekiranya aku tidak memenangi apa-apa hadiah sagu hati, mereka berharap aku tidak marah.Sebaik sahaja sampul surat itu ku koyak dengan kasar - sebab nak cepat - aku terus memberikan sekeping kad berwarna kepada mereka. Dengan terkejut, atau pura-pura terkejut, mereka membandingkan kad yang ku beri dengan kad terima kasih - yang sepatutnya aku dapat, agaknya. Mereka bercakap-cakap sesuatu dalam bahasa Cina - aku tak pasti Mandarin atau Kantonis. Nampak macam terkejut saja reaksi mereka. Tiba-tiba, mereka menjerit gembira dan bersorak,

"Waahhh!!! Tahniah! Akak menang seratus ribu ringgit!!!"

Mereka menghulurkan tangan untuk berjabat tangan kepada kami dengan gembira dan begitu teruja. Aku memang tak percaya! Terus aku tanya macam-macam,

"Betul ke ni? Tak percayalah. Kena beli barang baru boleh dapat hadiah, kan?"

Mereka menafikannya bersungguh-sungguh lalu menunjukkan sehelai kertas surat khabar, Harian Metro bertarikh 16 Februari. Menurut keterangan mereka, syarikat tempat mereka bekerja - aku lupa pula namanya, tapi aku ingat mereka kata macam Court Mammoth yang akan buka tak lama lagi - sedang menjalankan promosi. Dalam halaman satu muka surat akhbar berkenaan, ada banyak gambar kecil, orang bergambar dengan kereta yang kebanyakannya kancil. Dia kata aku boleh menang kereta Perdana V6 juga. Macam-macamlah mereka kata untuk meyakinkan aku.Bila aku tanya bagaimana nak tuntut hadiah, mereka kata kena pergi ke pejabat mereka di Jalan Klang Lama sekarang juga. Waktu sedang bersoal-jawab, Nurin menangis, macam tak selesa aje. Adik aku cakap anak aku nak tidur dan kena balik cepat. Seolah-olah memahami maksud yang tersirat, aku pun berjanji kepada mereka untuk datang kembali ke tempat itu setelah menghantar anak aku balik.Tapi aku tak datang pun, sebab? Sebabnya:
1. Kad yang aku dapat tu dah buruk. Macam dah digunakan berkali-kali;
2. Bila aku minta contact number untuk aku datang sendiri tanpa iringan mereka, mereka tak bagi;
3. Adik aku nampak, tak jauh dari tempat kami, ada sebiji Pajero yang didatangi oleh kawan perempuan mereka juga dan perempuan itu juga bersorak dan terjerit-jerit. Tak kan dua orang dalam lokasi yang sama, waktu yang sama boleh dapat RM 100,000.00;
4. Aku dapat kereta Perdana, tapi tak termasuk cukai. Jadi, aku kena bayar cukai RM4800++ dan akan dapat 4 barangan elektrik. Di sini aku boleh buat kesimpulan bahawa, sebenarnya mereka nak jual 4 jenis barang tersebut dengan harga RM4800++.
5. Adik aku kata, boleh jadi mereka nak menyamun kerana kenapa mesti mereka yang bawa kami ke pejabat mereka untuk menuntut hadiah. Kenapa tak bagi saja alamat agar boleh pergi sendiri?

Fikirkanlah. Ada sesiapa yang boleh sahkan kandungan Harian Metro 16 Februari 2006?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit