Mimpi ngeri

Bahagian 1
Dah dua malam tidur ku dihantui oleh mimpi ngeri. Mimpi pertama, aku hadir tutorial tanpa menyiapkan satu tugasan pun dan langsung tidak bersedia untuk belajar. Apatah lagi untuk menghadapi kuiz OM. Datang kelas sekejap dan terus balik rumah. Bila sampai rumah baru aku menggelabah sebab buat macam tu.Mimpi kedua, aku terlupa nak bawa Powerpoint presentation untuk kelas IT. Business portal pun tak siap. Menggelabah aku dan ahli kumpulan jadinya. Perasaan yang tercetus hasil daripada kedua-dua mimpi ngeri itu membuatkan minda sedar ku menjerit: Cepatlah siapkan assignment tu. Weekend ni nak submit. Apa tunggu lagi? Maka dengan berat tangannya, pagi ini aku nekad untuk menyiapkan mini case untuk kelas IT dan assignment economic yang menyeramkan bulu tengkuk aku itu. Dari dulu hingga kini, aku memang jenis yang suka buat assigment last minute ...huahuahuahua. Nasib baik lulus dengan baik. Tapi kali ini berbeza. Bukan macam dulu. Aku tau tapi masih tak insaf-insaf nak bertaubat . Nak kena ketuk kot baru aku aku boleh insaf...heh!

Bahagian 2
Mimpi yang ini berlaku sewaktu aku sedar. Malah bukan aku sahaja yang dihantui oleh hantu-hantu yang besar. Sebaliknya seluruh warga kerja ku dihantui oleh hantu yang sama. Hantu-hantu ini ialah mereka yang dianugerahkan kuasa magis dan telah menyalahgunakan kuasa magis itu untuk menindas kuli-kuli mereka sekali gus menggunakan kekuasaan magis mereka untuk kepentingan diri sendiri.Akibat takutkan magis hantu ini, maka pada pagi yang permai aku kelaparan akibat kafe ditutup. Jam sudah hampir pukul 8 dan aku tak sempat nak tapau. Maka kelaparanlah aku sementara hantu-hantu besar itu ketawa berdekah-dekah dia kafe lain tanpa mempedulikan jam 8 yang sudah lama berlalu. Pengawas yang telah diamanahkan untuk mengawasi kegiatan-kegiatan menyalahi tatalaku pula takut nak melaporkan kepada hantu besar bahawa hantu-hantu semi-besar ini telah menyalahgunakan kuasa magis mereka. Dan aku sebagai anak bilis yang menjadi kuli hantu ini hanya mampu menyumpah 44 kali sehari.Awaslah hantu-hantu sekelian. Nanti aku bawa bomoh Siam baru kome sumer tahu...ngeheheh!

Bahagian 3
Ada seorang manusia yang baru sahaja bertukar menjadi hantu. Walaupun tidak segah hantu-hantu besar tadi, hantu kecik ini tidak kurang juga hebatnya. Mungkir janji ialah permainannya. Ku sangka kau kawan, rupanya kau menikam dari belakang. Semalam kau kawan ku. Hari ini, kau musuh nombor satu ku! Kau tahu dan aku pun tahu! Keadaan kita sudah tidak akan sama seperti dulu. Kau telah berjaya membuktikan bahawa wang punca segala kejahatan.Bilalah agaknya mimpi-mimpi ngeri ini akan berakhir?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Wadeh Udang