Doa-doa selepas solat fardhu

AKU selalu rujuk satu website bila setiap kali nak baca doa selepas solat fardhu. Malanglah iklan-iklan affiliate dalam website tu ada yang tak mesra mata. Dah la lepas solat, tengah baca doa, tiba-tiba keluar iklan yang mencolok mata (jenama pakaian, pakaian wanita). Mujur aku perempuan. Tak adalah dosa mata sangat...hahaha. Tapi still la kan... tercemar juga pandangan mata.

Jadi aku ambil inisiatif salin doa tu letak kat blog sendiri yang tak ada iklan affiliate ni. Jadi selamat pandangan mata. Menurut website berkenaan, kesemua doa ini sesuai dibaca oleh para imam, tak sesuai dibacakan secara individu. Jika tengok kata ganti nama diri dalam doa, memang guna orang ketiga. Tapi tak salah kalau kita yang nak baca. Melainkan ayat al-Quran, yang mesti dibaca dengan betul dari segi sebutan dan makhraj.

Terjemahan doa aku betulkan dari segi tatabahasa tanpa mengubah makna asal dalam bahasa Arab. Maklumlah, editor. Tak boleh elak nak edit aje kerjanya. 


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Pembuka segala doa



Segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke aras penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan para sabahat baginda.


Doa memohon memperbaiki diri sebagai seorang Muslim


Ya Allah jadikanlah agama kami ini benar sebagaimana yang dibawa Nabi SAW dan Islam kami ini sebagaigaman Islamnya Muslimin yang sebenar dan iman kami ini sebagaimana berimannya orang Mukminin, dan solat kami seperti solat orang-oang yang khusuk dan amalan kami seperti amalan orang-orang soleh dan niat kami seperti niat orang-orang yang ikhlas dan jika kami berbuat dosa, ampunkanlah dosa kami sebagaimana orang yang bertaubat kepadamu dan hidupkanlah kami sebagaimana ulama' dan matikanlah kami sebagai seorang syuhada' dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para Nabi-Mu.


Doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat


Ya Allah, Tuhan kami sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambahkan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati. Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratulmaut, dan lepaskanlah daripada api neraka dan berilah pengampunan semasa perhitungan (hisab).


Doa memohon keampunan dan rahmat

Wahai tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberikan rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam orang-orang yang rugi (Al-'Araf, 7:23).


Doa memohon dihindari daripada sifat buruk dan kepayahan

Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada kerisauan dan kesedihan, kami berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, kemi berlindung dengan-Mu daripada sifat penakut dan bakhil, kami berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."


Doa memohon sentiasa mendapat hidayah, rahmat dan kekal sebagai seorang Muslim

Wahai tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hato kami sesusah Engkai berikan petunjuk kepada kami. Dan kurniai kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpan pemberian-Nya (Al-Imran, 3:8).


Doa memohon kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka (Al-Baqarah, 2:201).


Doa memohon pengakhiran yang baik

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (kesudahan yang baik), dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan su-ul-khatimah (kesudahan yang buruk).


Selawat ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda

Moga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Sumber: Doa-doa Selepas Solat Fardhu


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit