PENIPUAN IDENTITI-KAD KREDIT-BANK NEGARA

IDENTITI AKU KENA CURI!!!!

Saja taip guna caps lock sbb nak tarik perhatian korang ttg isu ni. Aku baru jer bercakap dengan Customer Service Officer Bank Negara. Alkisah tadi, pkl 12.05 tgh hr, aku terima satu SMS mengatakan kad kredit Visa Gold RHB kononnya aku punya dah dicaj sebanyak RM4500.00 kat City Chaik KLIA2. Pd hal masa kejadian berlaku, aku tgh tercongok depan PC buat kerja kat opis di Cyberjaya. So, dgn rasa pelik, aku pun call la nombor 'RHB' yg tertera dlm SMS tu: 03-921127166. Yg menjawab, ialah lelaki. Jd aku bgtau la yang aku tak ada kad kredit RHB. Dan bkn aku yg caj kad tu sebanyak 4k tu.
Lps tu dia pun bebellah pasal identity fraud ni. Dia kena buat laporan. Jd dia minta no telefon dan IC. Dia nak call balik. Tak lama lps tu, dia pun call aku. Dia ckplah yg 'kad' aku tu ada outstanding RM8236.80. Kengkonon aku apply kad tu kat Lot 10 (dah berpuluh thn aku tak jejak Lot 10 wei!) pada 12/11/2016. Dan alamat masa apply tu No. 38, Jalan Permai 2/1, Taman Puchong Permai, 47100 Puchong, Selangor (entah alamat siapa).
Aku ckplah yg aku nak report polis. Sbb nanti aku kena byr semua tu. Bank bukan kira. Dia tetap nak duit dia walaupun dia tahu kita teraniaya. Tp CS Officer 'RHB' ni yg namanya DEXTER LIM ni kata, aku perlu laporkan pada BANK NEGARA dulu. Sbb nanti Bank Negaralah yg akn bantu aku selesaikan masalah penipuan kad kredit ni. Dia bg nombor Bank Negara 03-27727303. Dia pesan lagi, masa call Bank Negara nanti, suruh Bank Negara check kot2 particular details aku ada ke digunakan kat mana-mana sebelum ni. Kedengaran seperti En. Dexter ni prihatin sangat.
Jam dah pukul 1. Logiknya org kat mana2 pejabat mesti tgh lunch, kan? So kalau aku call nombor tu pun, tak ada makna. Ini masalah serius. Ada org dah curi identiti aku!. Jadi, aku pun Google laman web Bank Negara nak cari contact number Customer Service yg selalu mula dgn nombor 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK). Sbb mrk ni bertugas sepanjang masa tak kira waktu rehat kita atau tak.
Dengan tenang pegawai wanita tu tanya aku what has happened. Cara dia jawab rileks sangat. Padahal aku tgh gelabah tenuk ni sbb ada org curi identiti aku. Lepas habis cerita, dia tanya, "Kenapa puan tak call nombor yg Dextex Lim bagi tu?". Aku jawab, "Logically, org mesti pergi lunch. So CSO aje yg ada time ni." Lepas tu dia srh aku check SMS yg aku terima tadi. Adakah SMS tu dr nombor 5 digit? Jawapan aku, TAK. Dan masa tulah aku sedar yg si Dexter Lim tu penipu yg maha besar. Nombor konon2 Bank Negara 03-27727303 tu bukan bombor Bank Negara sebenar. Nombor Bank Negara sebenar ialah 03-2698-8044. Pegawai tu kata, fraud ni mmg dah lama berlaku. Apabila kita call nombor 03-27727303 nanti, dia akan minta kita bagitau NOMBOR AKAUN BANK dan macam2 lg maklumat peribadi dgn tujuan nak menipu kita secara tanpa sedar.
Jadi kengkawan, acik pakcik sekelian, kalau terima SMS kononnya drp bank, SILA PASTIKAN nombor yg digunakan ialah 5 digit angka. Cth, Maybank guna 66628.CIMB guna 68833.BSN guna 66300. Bank Islam guna 66600. Mrk tak guna nombor 01116756472 ya kengkawan sekalian alam.
Lepas tu jgn sesekali dedahkan nombor akaun bank kat telefon. Bank tak pernah dan akan minta nombor akaun kita dgn menggunakan panggilan telefon. Nombor bank akaun, nombor CCV kad kredit yg 3 digit tu semua kita punya maklumat peribadi. Waima sesiapa pun minta, jgn bagi (kecualilah korang beli barang online).
Syukur alhamdulillah aku tak panik tenuk meroyan call nombor tipu tu. Syukur alhamdulillah Allah gerakkan hati aku buka laman web Bank Negara. Jadi beringatlah wahai semua, bila dpt SMS yg mencurigakan, jgn panik. Kalau tak tau nak buat apa-apa, tanya kawan2 dulu. Tak pun korang Google aje. Mesti jumpa sesuatu mcm entri aku ni yg aku akan published jugak kat blog spy search enjin senang nak cari.
Korang blh tolong org lain atau diri sendiri dgn viralkan post aku ni supaya tak ada org yang akan tertipu lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit