Selasa, 29 November 2016

Baked Potato Cheese

Dah lama buat resepi ni. Jumpa kat Facebook ada orang share. Lepas tu hari ni bila nak buat balik, jenuh Google resepi. Mana pulak lah aku jumpa hari tu. Rupa-rupanya kat Facebook. So sebelum aku amnesia balik, baiklah aku share aje resepi tu kat blog. Senang nak selongkar nanti.

Resepi ni dipost oleh Salimah Olie via Facebook.

Bahan-bahan:
3 biji kentang - potong dua dan kukus hingga lembut (tak nak kopek kulit pun boleh) lagi sedap kalau guna russet atau USA potato
Daging hancur secukupnya (saya guna 1/3 dari kepingan daging hancur ramlee)
1/2 biji bawang holland - chop halus
1 ulas bawang putih - chop halus
3 keping slice cheese - belah dua
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Mayonis
Secubit garam
Parsley flakes
Butter

Cara penyediaan:
1. kupas kulit kentang. belah dua dan kukus
2. bila kentang agak-agak empuk, jangan sampai lembik, gunakan sudu untuk korek bahagian tengah dan keluarkan isi kentang
3. lenyek-lenyek isi kentang
4. tumis bawang dengan butter
5. masukkan lada hitam, lada sulah, parsley flakes.
6. masukkan daging  dan kacau hingga daging bertukar warna
7. masukkan kentang yang dah dilenyek tadi dan masukkan mayonis
8. tutup api dan gaul sebati
9. tabur cili flakes atas kentang yang dikorek tadi
10. masukkan inti
11. tutup kentang dengan cheese slice
12. bakar 150 darjah Celcius selama 5-10 minit.
13. tabur lagi cili flakes ke atas baked potato cheese yang telah masak tadi kalau nak lebih pedas.

Kalau tak nak tabur cili flakes, boleh aje hiris cili merah besar dan letak sehiris kat atas inti daging sebelum letak cheese dan bakar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan