Khamis, 1 September 2016

Sambal Ikan Bilis Tempoyak dan Petai

Inilah kejadiannya sambal ikan bilis tempoyak dengan petai
Dah lama nak makan sambal bilis tempoyak ni. Tapi belum berkesempatan. Semalam CFO beli petai berpapan-papan. Geram lak tengok. Tempoyak homemade hari tu ada lagi. Jadi hari ni, berlaukkan sambal ikan bilis tempoyak dan petailah kita.

Resepi ni aku cedok kat Google. Tak ingat blog siapa. Bahan-bahan yang dia gunakan simple. Tak guna bawang pun. Mungkin lain kali aku guna bawang. Rasa lebih sedap kot.

Bahan-bahan
(sukatan ikut anggaran sendiri)

Ikan bilis (belah dua, buang kepala)
Tempoyak
Cili padi (kalau nak super hawt, letaklah banyak2. Ikut ketahanan fizikal dan mental masing2)
Petai (buang kulit, ambil isi. Nak belah dua pun boleh)
Kunyit hidup
Daun kunyit (dihiris nipis macam nak buat bunga rampai)
Garam

Cara penyediaan

1. Bersihkan ikan bilis. Goreng separa garing dengan minyak
2. Kisar cili padi dan kunyit
3. Tumis bahan kisar tadi sampai cili naik bau
4. Masukkan tempoyak. Kacau sebati
5. Masukkan daun kunyit dan petai. Kacau lagi
6. Perasakan dengan garam. Jangan banyak sangat sebab ikan bilis dah masin
7. Bila sambal dah pecah minyak, tutup api. Bolehlah makan dengan nasi panas.

Ada orang suka manis, jadi letaklah gula. Aku memang  suka masakan kurang manis. Jadi gula tu memang amat jarang aku gunakan dalam masakan lauk-pauk. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan