Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Baked Potato Cheese

Imej
Dah lama buat resepi ni. Jumpa kat Facebook ada orang share. Lepas tu hari ni bila nak buat balik, jenuh Google resepi. Mana pulak lah aku jumpa hari tu. Rupa-rupanya kat Facebook. So sebelum aku amnesia balik, baiklah aku share aje resepi tu kat blog. Senang nak selongkar nanti. Resepi ni dipost oleh Salimah Olie via Facebook. Bahan-bahan: 3 biji kentang - potong dua dan kukus hingga lembut (tak nak kopek kulit pun boleh) lagi sedap kalau guna russet atau USA potato Daging hancur secukupnya (saya guna 1/3 dari kepingan daging hancur ramlee) 1/2 biji bawang holland - chop halus 1 ulas bawang putih - chop halus 3 keping slice cheese - belah dua Serbuk lada sulah Serbuk lada hitam Mayonis Secubit garam Parsley flakes Butter Cara penyediaan: 1. kupas kulit kentang. belah dua dan kukus 2. bila kentang agak-agak empuk, jangan sampai lembik, gunakan sudu untuk korek bahagian tengah dan keluarkan isi kentang 3. lenyek-lenyek isi kentang 4. tumis bawang dengan butter 5. m...

Sambal Ikan Bilis Tempoyak dan Petai

Imej
Inilah kejadiannya sambal ikan bilis tempoyak dengan petai Dah lama nak makan sambal bilis tempoyak ni. Tapi belum berkesempatan. Semalam CFO beli petai berpapan-papan. Geram lak tengok. Tempoyak homemade hari tu ada lagi. Jadi hari ni, berlaukkan sambal ikan bilis tempoyak dan petailah kita. Resepi ni aku cedok kat Google. Tak ingat blog siapa. Bahan-bahan yang dia gunakan simple. Tak guna bawang pun. Mungkin lain kali aku guna bawang. Rasa lebih sedap kot. Bahan-bahan (sukatan ikut anggaran sendiri) Ikan bilis (belah dua, buang kepala) Tempoyak Cili padi (kalau nak super hawt, letaklah banyak2. Ikut ketahanan fizikal dan mental masing2) Petai (buang kulit, ambil isi. Nak belah dua pun boleh) Kunyit hidup Daun kunyit (dihiris nipis macam nak buat bunga rampai) Garam Cara penyediaan 1. Bersihkan ikan bilis. Goreng separa garing dengan minyak 2. Kisar cili padi dan kunyit 3. Tumis bahan kisar tadi sampai cili naik bau 4. Masukkan tempoyak. Kacau sebati 5. Masukk...

Kandungan sebenar kentang goreng McDonald’s (French Fries)

Imej
Sumber gambar: Livestrong.com (Penafian: Artikel ini merupakan terjemahan longgar daripada versi bahasa Inggeris. Sumber asal: Livestrong.com) Tinjauan Awal Tanpa perlu ditanya oleh pelayan kaunter, dah tentu anda akan pesan French Fries di McDonald’s. Kesemua set hidangan McDonald’s tidak akan lengkap tanpa kentang goreng. Ini kenyataan yang perlu kita hadapi. Untuk makluman, kentang goreng yang terkenal di dunia telah ditambah ke dalam menu bagi menggantikan kentang goreng tradisional pada tahun 1949, sembilan tahun selepas pertama kali McDonald dibuka untuk perniagaan di California. SUSPEK UTAMA KES: McDonald’s Frend Fries saiz besar (5.4 oz) (asal Amerika Syarikat) PENYIASAT KES: Dr. Christopher Ochner (penyelidik bersekutu di New York Obesity Nutrition Research Center, St. Luke’s-Roosevelt Hospital Center) sangat familiar dengan menu McDonald. Beberapa tahun yang lalu, Ochner - pemegang Ijazah Kedoktoran Psikologi Klinikal – telah menjalankan eksperim...

Popia Seaweed

Imej
Kerepek paling mudah nak dibuat dan paling cepat nak dihabiskan. Sepantas mana kita menyiapkan, sepantas itu juga habis dimasukkan ke dalam mulut. Bahan-bahannya tak banyak. Tapi yang merenyahkan sikit ialah prosesnya. Walaupun cepat, tapi kerenyahan tetap ada. Bahan-bahan: Kulit popia **aku guna jenama KG Pastry 8 1/2" x 8 1/2" (yang besar) Seaweed ** aku guna jenama Big Bang Tae Kei Noi perisa original. Nak guna yg Spicy pun boleh Telur secukupnya **dikocok-kocok, dikocok-dikocok :D Cara mengulahnya: 1. Letakkan sekeping kulit popia di atas tray/dulang/talam atau cutting board 2. Sapukan permukaan kulit popia dengan telur yang dah dikocok-dikocok, dikocok-dikocok :D 3. Letakkan sekeping seaweed ke atas permukaan kulit popia yang dah disapu dengan telur 4. Sapukan permukaan kepingan seaweed dengan telur yang dah dikocok-dikocok, dikocok-dikocok :D 5. Letakkan sekeping kulit popia di atas kepingan seaweed tadi. Kiranya kita apit kepingan seaweed dengan kuli...