Avani Gold Coast Sepang~Kerja Main-main

Memang dah lama mengidam nak lepak-lepak kat hotel 5 bintang ni. Tapi...mahal betul harga sebilik. Bila Booking.com buat promo RM388.32 per room, terus kami sambar. Lepas tambah GST (6%) dan service charge (10%) bagai kenalah dalam RM450.45. Booking untuk hari Khamis dan Jumaat. Sebab weekend rates tambah dengan school holidays, memang mahallah kan. Jadi pergilah weekdays. Nak siapkan kerja yang tertangguh sambil bercuti-cuti. Pergi kali ni berempat saja sebab En. Ipin kerja.

Kami booking Superior Room. Tapi masa check in, dapat free upgrade ke Family Villa! Mak aih...rasa nak buat lompatan bintang. Harga Family Villa ni bermula dari RM800++ kalau weekdays. Kalau weekend campur cuti sekolah, boleh mencecah RM1000 ++. Kan aku kata mahal tadi. So bila Booking.com buat tawaran harga tu, aku terus tapau tanpa fikir panjang. Tapi duduk semalam ajelah. Nak feel dulu. Esok-esok kalau rasa berbaloi, boleh datang lagi. Janji ada offer baeeekkkk punya.

Dalam booking slip, check in pukul 3.00 petang. Memandangkan kami pergi weekdays, tentu guests tak ramai. Boleh check in awal. Memang dapat awal pun. Sampai sana dekat pukul 2.00 petang, terus check-in.

AVANI Sepang Goldcoast Resort, No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan, 43950, Malaysia

Parking kat sini agak jauh sebab hotel buat centralised parking yang letakkan kat kawasan extreme sport. Mujur 24 hours security. Nak tinggalkan kereta kena isi details kat guard. Dari sini ada van datang ambik pergi hotel. Nak parking depan hotel boleh. Tapi valet parking kena bayar RM20.00. Kalau keluar dan masuk balik, top up lagi RM10.00. Baik tak payah bai. Ko parking aje kat extreme park tu. Van sentiasa ada. Kalau tak ada guard tu akan panggil guna walkie-talkie.



Lepas check in kat lobi, kena naik buggy untuk ke bilik. Family Villa terletak kat dahan atau palm. Kalau superior room, biliknya dekat trunk atau batang. Apa aku merepek ni daaa? Dahan? Batang? Bentuk resort ni macam pokok palma. Cer tengok kat gambar atas tu. Bilik yang kami dapat kat palm ketiga dari kiri.

Sampai aje kat vila, memang terpesonalah tengok keluasan bilik sebab masih tak sangka dapat free upgrade. Mulut aku kejap katup kejap nganga aje masa receptionist tu bagitau tadi. Cam orang bodo pun ada gak sebab terkesima....hahahaha





Kat Master Bedroom pun ada balkoni dengan satu sofa rotan. Tak amik gambar kat situ pulak.

Yang bestnya kat sini, basikal free. Yang mana tak kunci tu, rembat aje. Bolehlah jelajah setiap palm dengan basikal. Sama aje pemandangannya. Tapi kalau nak simple work out sambil hirup udara nyaman, bolehlah kayuh ke seluruh palm. Ada jim yang mengadap infinity pool buka 24 jam sehari.

Kalau ada duit lebih tu, bolehlah ke spa buat rawatan kecantikan atau nak lasak pergi extreme park yang open juga to public. Ada archery, paintball, go-kart dan ATV. Teringin gak nak ride ATV, tapi anak-anak belum cukup usia. Naik sorang-sorang tak best.

Kat sini, menu room service, hotel information semua dalam bentuk digital. Tak ada catalog card bagai. nak tengok menu room service, guna remote control TV LCD. Ada banyak free movie. Dua hari satu malam memang tak cukup kalau nak tonton semua melainkan ko nak duduk kat bilik tak mau keluar dan tak tidur malam. Memang boleh habis separuh kot movie tu. Kiranya kat Avani facilities yang ni memang canggih banding dengan hotel lain yang kami pernah pergi.

Bulan Disember ni kan musim tengkujuh. Kat area Klang Valley hujan aje kalau petang. Ajaibnya, masa aku pergi Avani, cuaca cerah. Langit biru. Alhamdulillah. Aku dah imagine yang bukan-bukan kalau hujan ribut turun. Siap mimpi tsunami lagi sebelum pergi...hahahaha. Tapi cuaca memang mabeles. Dari mula sampai hingga balik.

Kita biar gambar berbicara dulu yer baru cerita lagi.







Petang tu lepas puas berendam dalam kolam dan main beshkal, kami ke Pantai Bagan Lalang cari pasal kat situ. Waktu petang, air surut jauh ke tengah. Landai rupa-rupanya pantai ni.


Pemandangan waktu pagi

Pemandangan petang dari Pantai Bagan Lalang ke arah Avani Sepang Gold Coast

Makan di mana? Kalau kat hotel, breakfast starts at RM45.00 ++. Dinner RM65++. Baik tak payah. Kawasan sini banyak restoran seafood. Tak kebulur punya. Kedai runcit pun ada. Kalau agak-agak malas nak keluar, beli aje mi segera, sardin dan roti.

Malam tu, kami pergi makan kat restoran seafood tepi padang. Lupa pula nak snap signboard. nama restoran pun tak ingat. Tapi restoran ni letaknya di tepi padang, restoran pertama yang korang akan jumpa bila masuk kawasan pantai. 

Ni kali kedua aku datang makan kat sini. Kali pertama dulu masa zaman bujang, pergi masa company dinner. Masa tu aku dengan En. Ipin kengkawan belum mesra lagi....hahahaha. Banyak juga perubahan rupa wajah restoran ni. Dah ada bumbung besar. Dulu pakai payung eskrim aje kat laman.

Makanan paling aku ingat kat sini ialah PEPAHAT. Ingat Bagan Lalang, ingat PEPAHAT. Ni kenangan aku la sebab kat sini la first time aku makan PEPAHAT dulu.

Butter prawn

Pepahat sweet sour

Ketam goreng cili
Udang dan pepahat tu aku main amik jer... so tak tau berapa gram. Tapi ketam amik 3 ekor. Makanan lain yang kami order ialah ayam goreng kunyit, kangkung goreng belacan, telur dadar, nasi putih 3 pinggan, teh O ais limau satu dan satu jag air kosong. Total damage RM78.00. Okey ke tak? Rasa makanan okeylah. Cuma kenapa rasa pepahat tu tak sama macam dulu? Mungkin aku patut minta pepahat goreng cili. Tak pe... kalo ada rezeki, lain kali datang lagi. Tak lah jauh pun dari Kajang. Sejam lebih aje kalau aku drive. Kalau En. Ipin drive, 1/2 jam boleh sampai kot....hahahah. 

Verdict hotel ni? Memang hotel ni 5 bintang. Jadi mewah lah sikit. Stafnya dari pemandu van, pengawal keselamatan, pemandu buggy, reception, waiter.... semua superb. Layanan mesra. Memang puas hati. Tapi kalau bandingkan dengan Grand Lexis Port Dickson, aku lagi suka situ kot. Coziness berbeza. Atau mungkin sebab masa En. Ipin ikut sekali kot? Huhuhuhu....

Cuma ralat sikit, pool kat sini kena pakai swimming attire. Nak jaga cleanliness katanya. Ermm... pape jelah. Mungkin sebab tu aku lagi suka Grand Lexis sebab ada private pool. Nak berenang gaya mana pun tak kisah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit