Selasa, 15 September 2015

Burger Telur Ala Atkins

Menu ni diinspirasikan daripada resepi diet Atkins yang aku jumpa kat satu grup Atkiners.  Tapi aku tak pasti sama ada kiraan karbohidrat menu aku ni lulus Atkins atau tak.



Bahan-bahan

2 biji telur ayam
2 sudu besar Ayam Brands Tuna Light
1 helai daun lettuce (aku guna Romaine)
1 sudu besar mayonis lada hitam Kewpie
Sedikit minyak masak
Acuan telur macam nak buat benjo


Cara penyediaan

Ratakan minyak pada kuali leper.  Sapukan sikit minyak pada acuan telur.  Bila kuali leper dah panas,  pecahkan sebiji telur. Goreng sehingga bahagian atas telur masak.  Nak separuh masak pun boleh.  Terpulang pada selera. Lepas siap sebiji,  ulang langkah yang sama.

Sapukan tuna ke atas satu bahagian telur.  Satu bahagian lagi,  lapis dengan lettuce dan sapukan mayonis. Kemudian telangkupkan bahagian telur yang bersapu tuna tadi ke atas bahagian telur yang berlapis lettuce dan mayonis.

Siap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan