Mi Sup Simple

Saya jumpa resepi ni kat Facebook. Resepi asal namanya Bihun Sup Chinese Style. Tapi saya improvised sikit ikut kesesuaian stok semasa yang ada kat dapur.

Mi kuning | Udang | Fishball | Isi ayam | Bawang putih yg dah digoreng | Sayur-sayuran

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mi kuning (resepi asal guna mihun)
  • 4 ketul bahagian isi ayam (resepi asal tak ada bahan ni)
  • 1 mangkuk sayuran - kobis, lobak, seleri, cendawan tiram, karot, bunga kobis (resepi asal guna sawi cina)
  • 1/2 peket bebola ayam
  • 1/2 mangkuk udang kecil (guna udang besar lagi sedap)
  • 2 bunga bawang putih (dicincang dan digoreng kekuningan)
  • 2 kiub ayam (atau secukup rasa)
  • Air (bergantung kpd kuantiti kuah yang dimahukan)
  • Garam secukup rasa
  • Bahan perasa (optional)


Bahan kicap cili:

Cili padi
Kicap (resepi asal guna kicap cair)
Cuka
Garam
Gula

Bahan hiasan:

Daun bawang
Bawang putih goreng tadi
Bawang goreng (optional)

Cara penyediaan:

Cincang bawang putih. Kemudian goreng dengan minyak hingga kekuningan. Simpan bawang yang dah digoreng bersama dengan minyak gorengan sekali. Masukkan isi ayam, kiub ayam, 2 sudu besar bawang putih goreng tadi ke dalam satu periuk air. Masak hingga mendidih.

Keluarkan isi ayam. Kemudian masukkan sayuran dan bebola ayam. Apabila kuah mendidih sekali lagi, masukkan udang. Jika nak, boleh bubuh bahan perasa. Lepas seminit tutup api. Saya tak suka udang tu overcooked sangat. Tapi terpulanglah pada korang. Kalau nak letak udang sekali dengan sayuran dan bebola ayam tadi pun boleh macam resepi asal.

Dan saya bubuh garam lepas matikan api. Saya ada terbaca satu artikel mengenai khasiat garam. Seeloknya dicampur ke dalam masakan selepas api dimatikan bagi mendapatkan khasiat sebenar. Boleh try google artikel tu.

Sementara tunggu kuah sup masak tadi, bolehlah celur mi kuning, potong daun bawang dan carik-carikkan isi ayam. Untuk kicap cili pula, hiriskan cili. Kemudian adunkan dengan garam, gula, kicap dan cuka. Saya guna dua jenis kicap iaitu kicap lemak manis Kipas Udang dan kicap Midin (kicap ni pekat sikit).

Cili padi | Garam | Gula

Apabila sup siap, bolehlah dihidangkan. Kali ni saya ambil masa sikit untuk present mi sup simple ni. Feeling rumah terbuka gitu walaupun Syawal dah berlalu. Mak kata, kalau pinggan mangkuk tersimpan aje tak digunakan, dia menangis. Hahahaha...wallahu'alam. Kata orang tua-tua....Jadi saya pun keluarkan pinggan mangkuk yang dah lama tak digunakan.

Servette yg diisi cili kicap, isi ayam, daun bawang dan bawang putih goreng

Ittadakimasu...

Simple aje menu ni seperti namanya. Dan rasanya...alhamdulillah. Anak-anak puji sedap. Tu yang lebih memuaskan hati. Memasak ni terapi jiwa. Saya akan masak sesuatu yang lain daripada lain kalau fikiran saya terganggu....hahahahaha.

Selamat mencuba!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap