Ambuyat Brunei Darussalam

[Entri ni sebenarnya post-dated. Aku baru perasan masa nak baca entri ni yang rupa-rupanya disetkan kepada Draft. Aku sendiri pun tak pasti mengapa aku tak jot the experiences down. Maksudnya, entri aku kali ni, hanya berdasarkan memori yang kabur jelah ya....hahaha]

Kali pertama menjejak ke bumi Brunei Darussalam. Pergi atas tiket kerja, iaitu menghadiri International Education Fair. Apakah maknanya pegawai penerbitan join Educational Fair? Entahlah labu. Aku ikut jelah kehendak bos. Dah disuruh pergi, pergi jelah. Ke Brunei pulak tu. Kalau nak pergi sendiri, memang tak sampai lagilah gamaknya.


Buku merah ni aku renew buat kali kedua kat Pejabat Imigresen Teluk Intan. Masa tu balik kampung En. Ipin. Mujur sedar passport dah mati. Jadi renew aje kat situ. Tak ramai orang. Masa tu aku terpakai tudung blink blink kat kepala. Gagal! Lalu kena pinjam tudung imigresen. Hasilnya, muka aku sebiji makcik yang nak pergi umrah...muahahahaha.

Masa nak ke Brunei, aku tak prepare apa-apa. Buat bajet luar negara pun tak sempat sebab tak sempat nak belajar. Pemergian aku last minute. Tak sampai seminggu nak pergi, baru aku diberitahu suruh pergi. Jadinya, aku terpaksa guna duit poket. Mujur makan tanggung, verak cangkung. Kalau tak, memang meroyans dibuatnya.

Mengikut boarding pass, aku ke Brunei pada 7 Februari 2015. Flight pagi ke Bandar Seri Begawan. Pergi dengan 2 pegawai lain dari team Akademik. Seharusnyalah, kan? Kiranya aku ni macam tersesat. Sepatutnya aku pergi Book Fair.


Ini kali pertama aku naik flight antarabangsa. Jadi akak teruja tengok in-flight meals....hahaha. Kesian kan? Selama ni naik flights dapat jus atau makanan ringan aje. Kali ni full meal. Teruja aje....hahahaha.

Penerbangan ke Bandar Seri Begawan ambil masa dalam 2 jam lebih. Masa dalam flight, aku memang tak duduk diam. Seram. Cuak. Takut. Semua ada. Di sepanjang perjalanan, aku dengar siaran mengaji aje. Terasa alim mendadak sebab fikirkan mati di udara...huhuhu. Sampaikan kena sakat dengan rakan sekerja. Bila fikir balik, kelakar aje rasa.

Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei

Yang bagusnya Brunei Airlines ni (yang berkongsi kod penerbangan dengan MAS), ada bacaan doa sebelum take-off. Itu yang buat aku rasa selamat. Kalau jadi apa-apa pun, aku mati dalam iman... hehehe (tiru dialog dalam filem P.Ramlee Ali Baba dengan 40 Penyamun).

Kami menginap kat Hotel Orchid Garden, di Kianggeh, Bandar Seri Begawan.. Katanya ni antara hotel yang agak terkenal walaupun bukan bertaraf 5-6 bintang macam hotel yang diinapi oleh Dekan. Hairan pulak aku rasa bila aku selongkar gambar, tak jumpa gambar-gambar dalam bilik hotel. Selalunya aku memang rajin snap keadaan bilik hotel. Tapi aku sendiri amnesia... ke mana perginya gambar-gambar tu?

Walaupun bilik hotel memang selesa dengan set toiletries yang agak mewah, sepanjang aku kat sana, aku tak pernah dapat tidur nyenyak. Asyik terjaga aje tengah malam. Ni bukan episod Misteri Nusantara. Tapi memang tak boleh lena sangat. Mungkin sebab ini pertama kali setelah sekian lama aku outstation tinggalkan anak-anak kot.
Gambar kiri dan tengah, aku snap. Gambar kanan, aku cilok kat Google

Lebih seminggu juga aku kat Brunei. Lima hari hadiri Educational Fair kat Seria. Kebanyakan masa kat Fair tu, aku terpaksa explained pasal courses yang universiti kami offer. rata-rata pelajar nak sambung Degree. Masalahnya universiti kami hanya tawarkan pengajian Master dan PhD. Out of place? Nope. Misi kami bukan nak cari students sangat. Tapi lebih kepada episod pengenalan. Universiti baru perlukan promosi besar-besaran hatta ke seberang laut.

Lokasi Education Fair

Aku tak banyak sangat ambil gambar aktiviti selepas Fair. Kami ada pergi dinner di dua restoran dan lunch di jeti. Belek-belek album, satu keping pun tak ada gambar. Ni mesti aku tak berapa seronok dengan travelling companions aku ni.... hahahahaha.

Meh la tengok gambar-gambar sekitar Brunei yang sempat aku rakamkan.

Damai dan tenang aje. Langsung tak macet

Gambar kanan ialah pintu masuk utama Istana Darul Iman. Dekat dengan Hotel Orchid Garden

Selain Fair, kami ada buat lawatan ke Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam dan juga ke University of Brunei Darussalam (UBD). Aku ni nasi tambah aje. Tukang bawa hadiah dan tukang snap gambar. maklumlah, orang ketiga dalam rombongan Akademik.

Tak ingat pula aku pergi sini sebab apa....kihkihkih
Makanan kat Brunei ni, okeylah... aku boleh hadam. Tapi yang paling aku suka (mula-mula tak suka sebab rasa pelik amat), ialah ambuyat. Memang terbaik. Pertama kali makan, masa kat tengah bandar. Lepas jalan-jalan, kami pun cari restoran ambuyat. entah bagaimana, terjumpa sorang kakak tu kat kedai emas. Dia orang Sarawak yang bekerja kat Jabatan kerja Raya Brunei. Menginap kat Kampung Ayer. Kakak ni yang bawa kami ke restoran ambuyat yang katanya antara yang terbaik. Travelling companion aku ramah sangat. Entah cemana dia boleh jumpa kakak ni yang pun peramah dan baik hati juga...huhuhu.

Makan mesti guna chopstik. Senang nak gulung

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis.
Terdapat hidangan yang sama di timur Indonesia dipanggil papeda.
Sumber: Wikipedia bahasa Melayu

Bolehlah dikatakan ambuyat ni makanan orang Nusantara. Jangan ada pula kerajaan yang claim makanan ni asal dari negara dia saja. Kita serumpun. Dah tentu banyak persamaannya. Bumi Tuhan ni luas. marilah kita kongsi bersama-sama secara aman, kan?

Ambuyat ni makan macam nasi. Kiranya pengganti nasi. Lauknya sama aje kalau kita makan nasi. Tengok dalam gambar ni. Meriahkan lauk ambuyat? Kami lunch dengan ambuyat! Mula-mula makan memang kekok jugak. Mula-mula aku cicah ambuyat dengan sambal pencicah. Ada banyak jenis sambal. Kat restoran ni, dia cadangkan kami makan dengan sambal bacang. Memang enak sekali!

Lauk ambuyat. Untuk 3 orang makan. Ambil sikit aje sebab masing-masing baru pertama kali nak mencuba.

Kali kedua makan ambuyat ialah kat Restoran Sari Wangi, Gadong Branch. Kat sini hidangannya buffet. Lagi happening. Kuah pencicah ambuyat memang banyak pilihan. Banyak juga aku cuba. Again... gambar-gambarnya entah hilang ke mana. Tak dapat dikesan kecuali satu aje ni.

Gambar tangga juga yang aku snap. Tak faham!

Selain mencuba ambuyat, kami juga jalan-jalan kat sekitar Kampung Ayer dan pasar pagi. Macam-macam perkara dan cerita menarik yang kami dengar daripada pemandu bot.

Gambar bawah: Balai Bomba dan Masjid

Kampung Ayer ni ialah sebuah perkampungan terapung di atas air yang lengkap dengan kemudahan asas seperti balai bomba air, polis air, sekolah air, pejabat pos air...semuanya atas air selain daripada rumah. Kata pemandu bot kami, bukannya kerajaan Brunei tak tawarkan tanah percuma untuk mereka buat rumah dan tinggal di daratan. Orang-orang Kampung Ayer sendiri yang tak nak sebab dah berasa selesa tinggal atas air. Itu kehidupan mereka yang dah diwarisi turun-temurun. Siapa kita nak menilai mereka, kan?

Peninggalan kapal Si Tanggang
Seperti Indonesia, yang popular dengan Hikayat Sang Kelembai, Brunei dan Malaysia juga berkongsi cerita rakyat yang sama. Cuma nama aje berbeza. Di Malaysia, kita panggil Si Tanggang. Menurut cerita arwah nenek aku, peninggalan kapal Si Tanggang ada di gua Batu Caves. Kalau di Brunei, peninggalannya di Kampung Ayer.

Nampak batu tu macam kapal yang karam. Muncung kapal ke atas macam Titanic. Tengah seronok kemudi perlahan, tiba-tiba pemandu bot kata, ada buaya. Walawehhh... dah la tak pakai safety jacket. Cecepat aku suruh dia pusing balik. Naya aje jumpa sang bedal kat negara orang!

Katanya batang kayu (kanan) tu untuk halau nyamuk
Aku memang suka melawat pasar kalau travel ke mana-mana. Di pasar lah kita boleh tengok pelbagai makanan, hasil tumbuh-tumbuhan tempatan dan cara hidup orang-orang kat situ. Bukannya nak membeli sangat pun. Saja suka cuci mata.

Bagi aku, trip kerja ke Brunei ni, an aye opener. Banyak berikan pengalaman dan insights dalam kehidupan. Masing-masing (negara) ada cara pentadbiran mereka sendiri. Ada pro dan kontra. Secara keseluruhannya, aku dapati kehidupan kat Brunei slow-motion, tenang dan damai. Semua bagaikan bergerak perlahan dan tak terburu-buru. Untuk orang bersara, sesuailah kalau nak berhijrah dan menetap kat Brunei. Untuk orang-orang muda yang belum berkeluarga, this place is not for you kalau korang nak membina kerjaya dan mencari sesuatu yang mencabar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit