Angin Dingin dari Cameron Highland



Kalau nak kira sejak aku sekolah rendah, dah dekat 6 kali kot aku jejak Cameron Highland ni. Tapi setiap kali jejak, akan mencatat pengalaman yang berlainan, jumpa benda yang berlainan. Tak pernah sama. Mungkin sebab jarak waktu tu yang aku rasa ada banyak perubahan kat Cameron Highland ni setiap kali aku ke sini.

guna map, senang nak rancang perjalanan
Kali ni aku try duduk kat studio apartment. First time buat booking guna iBilik.com.

Cameron Highlands Holiday Apartment. 1 bilik di Tanah Rata. Royal Lily Apartment. Suasana nyaman dan sejuk setiap hari. Relax dan suka sekeluarga dan dekat dengan tempat pelancongan.
1 Double Bed + 3 Mattresses.
Rental: RM130.00 per night 
   

Sebelum confirm bilik ni, macam biasa, kena baca reviews dulu. Mix reviews la...ada yang kata okey. Ada yang kata tak. So aku gamble ajelah..macam biasa. Ikut basic instinct...eheh. Lagipun kami bukan spend banyak masa kat bilik. Malam aje baru guna.

Kali ni naik ikut Tapah. Jalan lama yang sempit lagi winding lagi meloyakan. Tapi sebab aku dah susun jadual lawatan sambil belajar sebab kali ni anak-anak dah besar. Sampai kat Ringlet, kami terlihat sisa-sisa banjir dan tanah runtuh. Oh ya...aku hampir-hampir nak cancel trip ni sebab kejadian banjir dan tanah runtuh kat Ringlet.Tapi alhamdulillah...semuanya lancar.

Tempat singgah sana pertama kami ialah Latar Iskandar Waterfall. Kenapa aku rasa tempat ni semakin lama semakin menyempit dan mengecil? Dulu aku rasa macam jauh aje nak sampai ke air terjun besar tu. Er...dulu tu masa tahun 1985...hahaha. Dah 29 tahun berlalu. Memang la tempat ni berubah.

Sampai kat Tanah Rata, kami cari Royal Lily Apartment guna Waze. Err...mulanya seram gak sebab bilik ni terletak kat atas kedai. Sunyi. Kedai tak banyak yang buka. Cuak tu memang cuak. Tapi tawakal ajelah. Terus call owner bagitau dah sampai. So kami pun naik tingkat 1 dan WYSIWYG (What You See Is What You Get) lah. Surprisingly bilik ni memang luas. Ada balkoni kecik pulak tu. Heater pun berfungsi dengan baik walaupun perlu ada basic skill nak bukak. Kalau aku pergi sorang-sorang, memang tak mandi air panas la jawabnya sebab tak reti menggodek macam En. Ipin.

Malam tu pergi pasar malam kat Brinchang. Memang peberet aku ler tempat ni kalau pegi Cameron Highland. Macam-macam benda aku boleh beli (walaupun benda tu biasa-biasa aje) sebab aku ni jenis shopaholic tak kena gaya. Asal berkenan di mata, sambarrrrr saja. Tempura seafood aku paling suka beli walaupun harganya mahal. Maklum la nak bawa naik tanah tinggi dari laut kan jauhhhhh...

buah tampoi. pertama kali try makan...masammmmm!!!
isi tampoi. macma manggis
Second day, sebelum memulakan aktiviti jalan-jalan perabih duit, kami sarapan dulu kat Brinchang.

First time jumpa nasi lemak dimakan dengan papadom
Dah banyak kali jejak Cameron Highland, tapi tempat ni aku tak pernah singgah sebab tak jumpa jalan dan pergi dengan orang buta jalan...ahaha. Dari jalan utama lepas Copthorne Hotel Cameron Highlands Hotel (dulu Hotel Equatorial), ada jalan berbukit di sebelah kiri. Ada signboard besar. So pandu pelan-pelan sebab ramai gak yang pertama kali nak datang sini tersasar jalan (contohnya macam aku dulu la. banyak kali datang pun tak pernah jumpa jalkan ke sini...huhu).

Sg Palas BOH Plantation
Tapi kali ni, by hook or my crook, aku mesti pergi sampai gak kat sini. Jeles tengok orang bergambar kat celah-celah ladang teh. Aku pun nak jugak!
sengaja blur kan gambo sbb x mahu dikenali...ahaks!
Akhirnya...dapat gak aku bergambar kat tengah-tengah ladang teh. Dan yang paling aku suka kat sini selain dapat bergambar kat celah-celah pokok teh ialah scones with butter and jem. Ya Allah...super duper yummehhhh especially the butter. Cheese cake pun sodap hingga menjilat sudu!

scone yang gebus. cream tu memang terbaik. memang kenalah ngan scone....perghhhh!

Oyin tengah suap cheese cake yg amat mabelesss

Anak-anak ajak masuk Butterfly Farm. Ikut jelah walaupun aku dengan En. Ipin tak ada feel nak tengok rama-rama dan kupu-kupu.

Butterfly Farm, Brinchang
iguana ni pon hado kat sini...kan dah macam mini zoo 
Dah penat tengok rama-rama, ular, ulat bulu, kala jengking (nama aje Taman Rama-rama, tapi semua menatang tu ada. Dah macam zoo serangga...hahah), kami pergi Taman Sedia. Aku rasa ni la penempatan kampung Melayu yang besar kat Cameron Highland. Do correct me if I'm wrong. Taman Sedia ni terkepit di antara Tanah Rata dengan Brinchang. Banyak ladang strawberi dan homestay kat sini.Menyekon lagi kat sini. Tapi scones kat BOH Plantation Sg Palas jugak yang superb and mabelesss.

KHM Strawberry Farm, Taman Sedia

Lepas menyekon, kami singgah kat MARDI Agro Park, Tanah Rata. Konon nak cari pokok mempelam, tapi belum musim. Belilah dua tiga pasu plastik hitam pokok bunga matahari.

Hari ketiga dan hari terakhir, kami balik ikut Simpang Pulai. Tapi sebelum tu, singgah Big Red Strawberry Farm@Cactus Valley beli strawberi dan pokok bunga lagi.

Starwberry dip in chocolate kat Big Red Strawberry Farm@Cactus Valley

Satu lagi tempat harus pergi kalau korang ke sini ialah...Uncle Raju Strawberi Farm. Kat sini kami makan ais krim strawberi dan stawberry with cream and caramel sauce.  Entrance dia dekat dengan Kea Farm. Kami park kat sini, then jalan kaki pergi Kea Farm beli jagung mutiara, strawberi lagi, fridge magnet, sayur-mayur, coklat, madu...banyak lagi...hohoho.

x tau knapa pix ni senget walau aku dah betulkan. cer tengok cream dan dash of caramel sauce yang bertepek atas strawberi tu...memang super ohsem. sedap sangat!!!

Masa lunch kat satu food court kat pekan Brinchang, aku terjumpa sesuatu yang menarik dan kelakar. Korang bacalah sendiri ya.

hohohoh...

Along the way nak balik, lalu Kg. Raja. Tersingkap kenangan masa aku belajar kat UIA dulu. Naik Gunung Yong Belar ikut Blue Valley. Tidur kat masjid Kg. Raja...perghhh...semua tempat tu dah berubah rupa. Aku dah tak cam. Terpinga-pinga cari jalan menapak berkilometer tu sebelum tiba kat Blue Valley. Aku rasa sekarang ni nak ke situ senang kot bleh naik jip. Tunggu anak-anak aku sekolah menengah sok baru aku ajak depa panjang Gunung Yong Belar. Tu pun kalo kudrat aku ada lagi....hahaha. 

Satu lagi tempat yang patut singgah ialah Avant Chocolate, Kampung Raja. Pastri kat sini super mabelesss. Tapi perut dah kenyang sebab melantak kat Raju tadi. Rasa rugi plak. So jamu mata ajelah sambil beli teh dan coklat lagi dan lagi dan lagi.

tempat parking luas. I like!!!
aku rasa macam nak makan aje semua. mujur perut satu jer...hohoho

Selain makanan berasaskan coklat dan strawberi, aku suka dengan tempura Cameron Highland style. Tempura sayur air aku paling suka. Boleh beli kat Brinchang Night Market kat juga kat tepi jalan kat Tringkap. Dan selalu nak balik mesti aku singgah beli. Macam dah tak ada mende lain dah makan. Turun ikut Simpang Pulai memang selesa dan lebih selamat banding dengan jalan Tapah.

Untuk first timer dan yang bawa anak-anak kecik, lebih baik naik dan turun ikut Simpang Pulai. Esok-esok kalo anak-anak korang dah besar, boleh la adventure ikut jalan Tapah...hahaha.

P/S: balik bercuti, satu family kena gatal-gatal kecuali En. Ipin. Kulit dia tahan lasak kot. Rupa-rupanya hama. So...next time kalau nak selamat, bawalah cadar dan sarung bantal sendiri dan jugak Febreeze. Unless korang duduk kat hotel ada bintang sampai 4-5.

Verdict tempat penginapan: Udang kertas.
Kalao jenis tak stay kat bilik, boleh la duduk sini. Value for money. Tapi kalo korang bujang perempuan, not advisable coz tempat sunyi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit