Rabu, 30 April 2014

Jalan-jalan Cari Idea kat Port Dickson

Bila otak aku buntu tak boleh menulis atau nama glamer penyakit ni writer's block, maka mulalah akal aku panjang nak bercuti. Konon-konon nak refresh otak. Konon-konon nak cari idea. So tempat paling dekat dan boleh tahan cantik ialah Port Dickson.

Disebabkan kali ni aku pergi sebab nak duduk kat bilik lama-lama, maka aku spend duit lebih sikit untuk pilih hotel yang berbintang: Lexis, Port Dickson. Mulanya nak try Grand Lexis sebab ada private pool dalam bilik. Tapi bila menengokkan ratesnya....mak aiiihhhhh. Tunggu royalti aku puluh ribu riban kot baru boleh duduk sana tanpa rasa bersalah....hahahah.

Room Type: Premium-Tower-Seaview
Stay: 2 Night
1 Night: 388.27 MYR 
2 Night: 755 MYR 

Ni hotel paling mahal yang aku bayar sendiri kot. Selalunya orang yang sponsor...huhu. Terbang melayang RM. Tapi demi mencari idea (konon), aku sanggup jer. En. Ipin tak komen apa-apa sebab kalau dia komen pun memang tak berhasil sebab aku memang determined nak pegi gak bercuti kat sini semata-mata nak menjala idea.

cop katil tepi tingkap konon feng shui menulis kat situ...

masuk aje bilik, terus ada kolam jakuzi dan bilik mandi

balkoni tempat peberet En. Ipin berkawan dengan jin (merokok)

view dari bilik

pool ni pun jadi spot aku nak menulis. tapi satu perkataan pun tak tertaip

Malam tu jalan-jalan cari makan. Berpusing-pusing juga cari restoran yang nampak menyelerakan di mata. Jumpa Medan Ikan Bakar D'Terapung. Memang order seafood la sebab bercuti kat tepi pantai kan.

butter prawn

ketam goreng

kailan ikan masin

udang goreng tepung


Satu percutian yang menyeronokkan la jugak walaupun KPI aku tak tercapai. Pagi sebelum nak balik tu baru idea datang menderu-deru. Tapi dah nak check-out pun. Hampeh betul! Agaknya kena pergi 5 hari 4 malam kot baru idea nak keluar. Yelah...2 hari rehatkan badan. Hari ketiga dan seterusnya baru idea tu kuar ek?

Memang pergi sana bercuti aje. Bukan bercuti sambil bekerja!

Verdict penginapan: Lobster!!! Memang ebest lah tempat ni
 Verdict Medan Ikan Bakar D'Terapung: Udang Harimau jer...tak lah super awesome. Boleh la....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan