Istikharah




“Ya Allah! Aku mohon pemilihan-Mu menerusi pengetahuan-Mu dan aku mohon kekuatan-Mu menerusi kudrat-Mu serta aku minta pada-Mu sebahagian daripada limpah kurnia-Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agamaku juga dalam urusan penghidupanku serta natijah pada urusanku, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia daripadaku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kandungan sebenar kentang goreng McDonald’s (French Fries)

Crabs with salted egg yolk

Kena cabut ke?