Duha

Kredit: SirapLimau



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.”

Lafaz Niat Solat Dhuha


"Aku solat sunat Duha dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat Duha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Duha

Kredit: SirapLimau


Nota IzzaProEdit:
Lazimnya ejaan Duha ditulis sebagai Dhuha. Dalam hukum transliterasi Arab-Jawi-Rumi Dewan Bahasa dan Pustaka, -dh- ialah huruf dhal (zhal). Duha dalam ejaan Arab menggunakan huruf 'dot'. Jadi mengeja Duha sebagai Dhuha tidak tepat. Seperti mana dengan ejaan Ramadan yang seringkali dieja sebagai Ramadhan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit