Sinopsis Srikandi vs Arjuna~Izza Aripin

The Four Musketeers dianggotai oleh 4 orang pelajar sophomore~Ridd, Deja, Elliot dan Sheba. Mereka berlagak ala-ala tomboy dan berpakaian tidak mengikut undang-undang universiti. Mereka terkenal dengan sikap suka mengusik dan membuli, tidak kira siapa pelajar itu termasuk pelajar senior sekali pun.

Mangsa terbaharu The Four Musketeers ialah Zaihan, pelajar senior yang mereka dilabel sebagai BHK~Buaya Hensem Karat. Segala-galanya bermula apabila kebolehan Ridd sering diperkecilkan oleh Zaihan yang juga rakan sepasukannya dalam kelab taekwondo.

Ridd merancang misi balas dendam~tundukkan ego dan perasaan Zaihan, hancurkannya dan tinggalkannya. Dia sanggup berbuat apa saja termasuk mengubah penampilan dirinya~daripada si tomboy kepada si gadis ayu.

Segala-galanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Malah ia terjadi lebih baik daripada apa yang Ridd rancang. Ridd berjaya mencungkil rahsia hitam kehidupan Zaihan yang menyebabkannya membenci wanita. Ridd berjaya mmbuatkan Zaihan jatuh cinta kepada dirinya. Namun apabila Ridd diminta meninggalkan Zaihan demi janji dan rancangan asalnya, keadaan mula jadi kelam-kabut.

Bukan hanya hati dan perasaan Zaihan yang hancur, hati Ridd juga luluh kerana dirinya sudah terjerat dalam dendam sendiri. Lebih buruk lagi, dia tidak boleh menerima cinta Zaihan kerana dirinya sudah pun dijanjikan untuk orang lain.

Zaihan dan Ridd kembali bermusuhan dan bersengketa sehingga memisahkan takdir mereka. Tujuh tahun berlalu, takdir mereka bertemu. Namun Ridd bukan lagi Ridd, tetapi Zarida; seorang isteri dan ibu. Zaihan masih Zaihan yang gagal melupakan Zarida. Dia nekad, tidak kira apa jua cara sekalipun, dia mahu merampas semula cinta pertamanya meskipun terpaksa bersemuka dengan maut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap