Sumber gambar: Livestrong.com (Penafian: Artikel ini merupakan terjemahan longgar daripada versi bahasa Inggeris. Sumber asal: Livestrong.com) Tinjauan Awal Tanpa perlu ditanya oleh pelayan kaunter, dah tentu anda akan pesan French Fries di McDonaldās. Kesemua set hidangan McDonaldās tidak akan lengkap tanpa kentang goreng. Ini kenyataan yang perlu kita hadapi. Untuk makluman, kentang goreng yang terkenal di dunia telah ditambah ke dalam menu bagi menggantikan kentang goreng tradisional pada tahun 1949, sembilan tahun selepas pertama kali McDonald dibuka untuk perniagaan di California. SUSPEK UTAMA KES: McDonaldās Frend Fries saiz besar (5.4 oz) (asal Amerika Syarikat) PENYIASAT KES: Dr. Christopher Ochner (penyelidik bersekutu di New York Obesity Nutrition Research Center, St. Lukeās-Roosevelt Hospital Center) sangat familiar dengan menu McDonald. Beberapa tahun yang lalu, Ochner - pemegang Ijazah Kedoktoran Psikologi Klinikal ā telah menjalankan eksperim...
Aku selalu tengok iklan Petronas dan Shell mengenai keselamatan menggunakan gas memasak. Yang aku ingat tentang tips-tips keselamatan yang dipaparkan sama ada melalui Maria Tunku Sabri JJCM (Petronas) ataupun Raja Azura a.k.a Kak Engku (Shell) atau iklan daripada Filem Negara Malaysia (kalau aku tak salah ler) ialah cara bagaimana hendak memeriksa kebocoran gas dengan menggunakan buih sabun, jangan letak tong gas anda dalam posisi baring, jangan letak benda panas di atas tong gas, guna tiub gas yang ada cop SIRIM, tukar tiub gas dengan kerap dan banyak lagi. Malangnya dalam banyak-banyak tips tu, aku lupa sesuatu. Aku hanya diingatkan sebentar tadi oleh seorang rakan sekerja. Katanya, setiap kali selepas selesai menggunakan gas memasak, kita sepatutnya tutup gas can cabut kepalanya. Selama ni aku tak pernah buat pun. Masa balik kampung aje aku cabut kepala gas. Tapi kalau pergi kerja, masakan cabut, pusingkan suis kepala gas pun aku tak pernah buat. Kawan aku kata, kalau tak tutup kepa...
Aku memang tak berapa pandai nak menggoreng bihun. Selalu kalau balik ke rumah ibu mertuaku, biras yang rajin goreng dan mendapat pujian. Jadi aku tak payahlah nak tunjuk skil. Kang rasa tak hapa-hapa, muntah plak orang...hahahaha. Tapi hari ni rasa macam nak try goreng bihun. Maka macam biasa, aku Google ajelah resepi. Jumpa satu resepi kat blog Cik Matahariku . Kat bawah ni, aku kongsikan resepi dari blog beliau. Disebabkan aku copy pasta tulisan beliau, maka aku italic font tu menunjukkan itu hak cipta penulis asal...ngehehe. Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng Sedap Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin) 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris) 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Setengah gengam ikan bilis ( direndam) Setengah gengam udang kering ( direndam) Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar. Air secukupnya untuk rendam bihun. 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen) Garam, gula dan ...
Ulasan
Catat Ulasan