Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Sebenarnya Cinta (stok terhad)

Imej
ISBN: 9789833156009 Format: Paperback Penerbit: NH Media Tahun: 2004 Harga: RM13.90 Tema: cinta, persahabatan, kekeluargaan, aksi Harga promosi: RM11.00 Novel ini melingkari sketsa kehidupan empat orang remaja iaitu Dania, Zakuan, Zahim dan Sharmine. Watak-watak lain seperti Atira, Diana, Rafidah, Nizam, Adli dan Shelby turut menyumbang konflik dan tanda tanya dalam kehidupan empat orang remaja ini. Kisah bermula dengan konflik antara Zakuan dan Zahim yang ingin merebut kasih dan perhatian gadis pujaan ramai iaitu Sharmine.  Dalam permainan rebut-merebut ini, Dania secara tidak sengaja telah terheret sama dalam kancah perebutan ini. Bermulalah ikatan persahabatan-permusuhan tidak rasmi antara empat orang remaja yang sama-sama belajar di sekolah menengah dan universiti yang sama ini. Kemunculan Shelby dalam hidup Zahim mengubah persepsi dirinya sehingga melahirkan bibit-bibit cinta terhadap Dania di luar sedarnya. Namun Dania tidak mudah menerima kerana ragu-ragu dengan keikhlasan Z...

Karya saya

Imej
Sebelum ini saya hanya menganggap Siri Akademi Gemilang sebagai karya saya yang bercorak saifai/fantasi memandangkan latar penceritaannya melibatkan kebolehan luar biasa (manusia meta) dan juga kewujudan Dimensi Yunar; tempat asal Gen Gemilang. Tetapi seorang rakan penulis mengatakan novel popular saya iaitu Dan Mimpi Pun Bersatu dan kesinambungannya, Kasih Pun Bersatu sebenarnya karya fantasi popular. Kenapa fantasi popular? Fantasi disebabkan latarnya di kerajaan beraja Dhiyapura yang memang tidak wujud dalam peta dunia. Popular kerana tema utamanya masih cinta disulami dengan aksi. Kedua-dua novel ini boleh juga saya kategorikan sebagai epic romance iaitu kisah raja-raja, tetapi bukan raja zaman dahulu. Dalam kompilasi nopen Kasih Yang Tak Pasti , ada terselit dua nopen fantasi iaitu "Tiara Dayana" dan Cendana Petualang Merah". Kedua-dua nopen ini berlatarkan masa hadapan dan juga alam lain. Novel-novel saya yang terdahulu iaitu Sebenarnya Cinta dan Segalanya Cin...

Kongsi tips 3: Kriteria fiksyen sains

Imej
Menurut Damon Knight (1922-2002), pengarang fiksyen sains terkenal, karya fiksyen sains didasari kriteria berikut: sains teknologi dan rekaan zaman aka datang dan zaman lampau termasuk semua cerita pengembaraan dalam masa ekstrapolasi metod saintifik dunia lain (planet lain, dimensi lain) bencana alam (semula jadi ataupun perbuatan manusia) Beliau berpendapat bahawa cerita yang mengandungi tiga ataupun lebih kriteria yang disebutkan, boleh dikategorikan sebagai fiksyen sains; yang mengandungi dua unsur pula berada di persempadanan (borderline); dan yang mengandungi satu unsur saja ataupun tiada langsung, bukanlah fiksyen sains. "Science fiction deals with improbable possibilities; fantasy with plausible impossibilities (Miriam Allen deFord) (Dipetik dan diolah daripada nota dan kuliah Ahmad Patria Dato' Hj Abdullah (Saga Artakusiad) di Bengkel Penulisan Saifi dan Fantasi anjuran Agensi Villa Aksara (AVA), 13 Jun 2010, IYC Cheras.

Novel Kafe

Imej
Kawan-kawan selalu tanya, bila bisnes ko nak start? Aku selalu jawab, tunggulah dulu. Modal tak cukup. Rasanya dah lima tahun aku dok asyik ditanya soalan yang sama dan menjawab jawapan yang serupa. Makanya, hanya dalam satu malam, semasa aku tengah get ready untuk interview kerja, aku ambil keputusan untuk kick-off no matter what. Home based dulu. Sekurang-kurangnya aku dah menghampiri misi sebenar. Kalau tak mulakan dari sekarang, bila lagi. Perasaan cuak memang ada. Siapa yang tak takut pada saingan. Semua bisnes memang nak buat untung. Tak pernah orang bisnes nak rugi. Bisnes macam aku ni memang dah meluas. Kat mana-mana orang dah buat. Jadi nak bersaing secara sihat, aku localize. Target market aku ialah sekitar kawasan umah dan kawasan yang berhampiran dengannya. Tak besar, tapi inilah tapak permulaan aku mengorak langkah lebih jauh. Gambarimashou!