Cinta baharu

Aku dah temui cinta yang baharu...a new found love. Walaupun sejak sekian lama memang aku dah tau yang cinta aku hanya padanya, aku buat-buat tak tau saja. Buat tak layan, buat tak kisah. Maklumlah aku ada cinta lain yang perlu diutamakan. Tapi semenjak kebelakangan ni, cinta aku padanya semakin kuat. Hingga tak tertahan-tahan. Hingga menyebabkan aku ambil keputusan nak menyimpang jauh dari landasan yang selama ni aku lalui.


Memang akan berlaku satu perubahan yang paling drastik dalam hidup aku tak lama lagi. Selama ni aku hanya melayan satu cinta. Tapi kemudian, datang lagi satu cinta yang buat aku kemaruk tak ingat dunia. Kini aku dilanda cinta yang baharu lagi. Bertambah indah dan harum. Akan kulayan cinta yang ni dulu. Lepas tu baru aku layan cinta yang dua itu.


Meh aku perkenalkan cinta baharu yang berjaya mencuri hati....


baking equipment 1
Ini ialah sebahagian peralatan yang aku beli sempena melayan hobi terbaharu iaitu memasak pastri. Memang dah lama aku minta nak belajar buat pastri. Cuma kebelakangan ni, minat tu bertambah kuat. Aku ada pertimbangkan beberapa sekolah memasak. Cadang nak ambil Diploma in Baking. Kalau betul-betul nak buat, baik terus buat secara profesional. Buat sampai jadi pro. Aku rancang nak ambil course ni mulai Jun nanti. Insya-allah.

Ulasan

  1. salam, dah jatuh cinta lagi sekali..?? habislah izza... hik2

    BalasPadam
  2. cinta pada masakan...apa salahnya...hakhakhak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit