Le Tour de Langkawi

Pada mulanya aku agak teruja nak menulis rentetan perjalanan ke Langkawi baru-baru ni. Tapi sebab dah lama sangat peram, mood menulis pun dah tak ada. Sepatutnya aku mula mencatat di sana. Malangnya aku tak boleh nak bawa netbook sebab kalau aku asyik sangat menatap FB, agenda shopping dan hopping aku apa plak ceritanya, kan?

Okeylah, aku cuba sedaya upaya menggambarkan pengalaman kali ketiga aku melawat Pulau Helang yang dikenali sebagai pulau pelancongan...hmm macam Pulau Inderaloka ler pulak.

Aku pergi Langkawi kali ni, sekeluarga dan bersama adik-adik serta suami2 mereka. Bertolak dari LCCT pukul 2.05pm. Aku yang memang penakut tapi suka naik kapal terbang ni, memang terasa cuak desu ler. Yang menambahkan cuak ialah pesawat AirAsia tu sendiri. Huhu...lain benor rasanya bila banding ngan pesawat MAS. Kepala aku berdengung sepanjang perjalanan. Kuat gak bunyi enjin dia ek?



Sampai di Langkawi, 20 minit lepas tuh. Ejen dah tunggu dengan kunci Serena. Berbekalkan ingatan samar-samar aku dan GPS dalam kepala adik aku, Linda, kami mencari Century Suria Apartment. Tapi kena cari stesen minyak dulu sebab ejen bagi lampu minyak nyala ler plak. Yelah, dia pun tak nak rugi.

Kebetulan stesen minyak Shell tu tak jauh dari Century Suria. Itu pun adik aku, Hazi yang ternampak waktu nak u-turn. kalau tak, maunya lajak sampai pekan kuah, makan dulu baru check-in. Lepas check-in, kami cari kedai makan. Lapar sungguh. Pusing punya pusing, akhirnya kami singgah di deretan kedai makanan dekat ngan Dataran Lang. Buat sesapa yang tak pernah ke Langkawi, yang pernah pun bleh gak, aku rekomen kedai ni. Masakan dia sedap, harga pun berpatutan, peramah tu yang paling penting. Nanti aku upload gambo kedai makan ni. Siap ada free food delivery service. Value added sungguh gerai makanan ni...hehe.

Lepas makan, kami jalan-jalan pukul gambar kat Dataran Lang. Dulu2 aku pergi, tak sempat singgah. Lepas sakan bergambar, kami ke pekan Kuah, dekat ngan Hotel City Bayview. Terjah kedai Haji Ismail Group Chocolate House. Buntang mata tengok coklat pelbagai jenis dan murah harganya berbanding di KL. Aku cuma beli sampel untuk rasa. Borong, masa nak balik KL nanti. Nak gak compare harga ngan kedai lain.

Malam tu, kami ambil angin laut kat Pantai Cenang. Macam Bintang Walk ala Langkawi tu. Meriah. Macam bukan negara aku aje. Banyak pelancong asing dan kedai yang berimejkan elemen asing. Sendri pi tengok kalu berkesempatan. Macam biasa, malam pertama berubah tempat tidur, memang kurang lena. Apatah lagi Nurin ngigau buat kuntau, Aliyah macam biasa duk praktis kungfu masa tidur. Thaqif lak buat ujian suara setiap kali terkena kuntau ngan kungfu. Aku ngan laki aku terpaksa ler elak dan akhir sekali tidur kat ujung kaki depa. Ceh...kecik2 lagi dah buli mak bapak! Huhu....

Pagi tu bekfas kat hotel. Okeylah....tak sedap...hahah. terbayang gerai Laksa Power kat tepi jalan dari lapangan terbang ke hotel. Niat di hati memang nak cuba laksa langkawi.

Hari kedua, pepagi sepie, dah ke Makam Mahsuri. Hazi kepoh nak pegi sebab tak penah datang. Samalah ngan si Yusry dan Tabrani. Tak de ler lama sangat kat musoleum tuh. Menjelang pukul 11 pagi, dah sampai kat Oriental Village. Nak naik cable car. Aku awal-awal lagi dah cakap tanak naik sebab takut wal gayat. Laki aku pun tanak naik gak. Dia pun cam gayat aje walaupun kontrol macho tanak ngaku. Tapi kena ayat power dek adik-adik aku. Terpaksa ler naik. Ceh...tak ler takut sangat. Biasa aje. Naik kapal terbang lagi takut...hahaha.


Tapi Hazi yang beria2 ajak naik pulak yang panik takut. Apa daaa....Aliyah pun tutup mata sepanjang jalan. Time takut tuh masa dia tiba kat dua pencawang sebelum tiba kat pit stop pertama. Gegar ler sikit. masa berhenti kat pit stops pun, kasar semacam aje cable car tuh. Tak mesra alam...haha. Tiba kat puncak Gunung Machinchang tu, ada jambatan konkrit gantung. Tapi nak ke situ, kena turun anak tangga batu berpuluh2 anak tangga. Krem paha aku.

beli tiket naik cable car

Mujur aku tak jadi pegi Kinabalu. Kalu tak pancit maut...huhu. Turun aje ke bawah, tinge aku pekak ler plak. Perubahan mendadak altitude kut. Lama ler jugak aku pekak sebelah telinga. Lepas naik cable car, kunun nak cari Summer Palace Anna and the King. Tak jumpa signboard. Kuciwa aku. Tempat tu ler yang aku nak sangat2 tengok. Kami singgah makan tengah hari kat satu gerai di tepi jalan. Sekali lagi, memang sodap masakan orang Langkawi ni ek? Atau kami memang dah lapar sangat sampai batu cicah budu pun leh go?


sorang ahli rombongan dah kena jadi photographer...ahaha
mende ni kami jumpa kat Makan Mahsuri


Macam tak reti nak penat, kami cari Idaman Suri yang memang diidam2kan oleh suri2 semesia...haha. Tapi aku tak jumpa. makanya masuk pekan Kuah, pegi tanya orang. Linda yang pegi singgah tanya kat pakcik gerai laksa depan Haji Ismail Group Choc House tu.

Petang tu kami shopping sakan kat Idaman Suri. Aku borong periuk kaca Vision yang menjadi idaman hatiku. Kunun nak borong mangkuk serving Vintage, tapi bila kenang2kan kena bawa naik dalam kargo pesawat...selamat ke? Masa tu kami memang tak tau cemana nak bawal balik semua mangkuk2 kaca tu. Cadangannya nak bawa hand luggage. Tapi AirAsia hanya benarkan 7kg sorang aje. Cemana ek?

Malam tu, kami rayau2 kat Pantai Cenang cari makan. Ada satu restoran tu namanya Lubuk Buaya. Scary the merry kan namanya. Trust me, please judge the book by its title...huhu. Memang masuk lubuk boya pun. Mahal dan tak berapa nak sedap. Tak cukup bahan plak tuh. Tapi sebab dah lapar dan tak mo membazir, sental ajelah. Bila dibandingkan ngan gerai kat Dataran Lang tu, amat jauh beza dari segi rasa dan harga.

Pantai Cenang....senangnya dlm hati org2 tu berjemur

merenung masa depan....

Hari ketiga dan terakhir di Langkawi, disebabkan semalam dah penat berjalan, semua macam santai aje. Kemas-kemas barang dan keluar cari bekfas. Kunun nak singgah kat Laksa Power. Tak berkesempatan lagi. Kami ke Dataran Lang. Makan kat sebelah gerai best tu. Bleh tahan gak makcik tu punya masakan. Lauk-pauknya meriah. Lepas makan, terus ke Padang Masirat, nak tengok beras terbakar nan sejemput. Hazi ler tuh. Maklumlah tak penah pegi. Aku sempat borong gamat dan kain batik Jawa. Macam ler aku pakai kain batik. Saja jer beli wat koleksi. Sudahnya jadi kain basahan waktu mandi aje nanti...hahaha.

Sebelum balik, singgah kat Haji Ismail beli coklat lagi dan buat perbandingan harga pinggan mangkuk ngan Idaman Suri. Sama ajelah. Cuma kat Haji Ismail Group ni, koleksi dia lain sikit. So, berbaloi kalau jenguk dua2 kedai. Kedai lain yang bersepah2 kat pekan Kuah tu kami tak masuk sebab tak cukup masa. Sebelum ke lapangan terbang, sempat singgah sekali lagi di Pantai Cenang. Jalan-jalan kat souvenir shop di Underwater World. Tak masuk pun sebab rasanya cam sama ngan Aquaria KLCC. Bebudak tu pun dah penah pegi sana. Shopping coklat lagi. Mak ai! Serena tu sendat ngan barang2. Mujur ejen tak bagi kereta kecik. Kalau tak, mau junjung kat bumbung.

The Shopaholic crews

hasil rampasan....hahahaha

Sampai kat lapangan terbang, semua hati berdebar2 sebab takut kena cukai. Aku cakap tak kena sebab kami layak bawa 120kg. Cewah...memang tak kena cukai pun. Tapi masa check in kat Balai Berlepas, satu kejadian cuak desu berlaku. Beg tangan aku kena selongkar. Hailoh...cuak gila sebab takut orang masukkan dadah ke apa2 barang seludup. Rupa2nya remote kunci kereta aku punya angkara. Huk elehhh...bikin cuak desu aje. Tapi yang herannya, masa kat LCCT tak plak kena selongkar....ayashi desuyo!

Flight delay. Dari 3.05pm ke 3.30pm. Hmm...what's new? Masa pegi pun delay gak 10 minutes. Masa balik ni memang aku cuak tottemo desu. Langgar awan berkepul da...Terenjut2 macam naik Solero. Aku dah memang mengucap ajelah. Untung Thaqif sebab dia tidur. Jeles aku...huhu.

nak naik kapal terbang pun kena menapak jauh
By the way, masa aku kat Langkawi, di mana-mana saja aku pergi pasti ada sekatan jalan raya polis dan JPJ. Hari-hari kami kena berhenti depan pak polisi berkali2 untuk setiap hari. Whoa...teruk gak ek untuk pulau sekecil itu.

Memang tak puas berjalan dan berbelanja kat Langkawi. 3 hari tak cukup. Tak sempat pergi Tasik Dayang Bunting, Tanjung Rhu, The Datai, Kampung Buku, Summer Palace...huhu. Next plan, 5 hari 4 malam. Tapi 5 tahun lagi ler kalau masih ada nyawa...hehe.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit