Tag daripada Najwa Aiman (tak kisah)

Minggu lepas aku ada melawat blog Najwa Aiman yang telah berpindah ke wordpress. Tapi disebabkan Bagan Datoh bukan wilayah Maxis, maka broadband aku bergerak macam kura-kura. Maknanya aku tak dapat menikmati kemudahan meluncur di gawang siber dengan selesanya. Aku tak perasan si Najwa dah tag aku. Dia cakap aku produktif buat baby? Excuse moi...sumimasen...kalau compare aku ngan dia, dia lagi aktif tau...grrr.... Anyway...ni jawapan aku yang aku jawab dalam bahasa Melayu yang lebih tepat menggambarkan perasaan aku sebab... aku rasa macam bangang jer kalu aku cakap bahasa Inggeris...kahkahkah. Macam penah dengar aje statement yang diterbalikkan maknanya nih...tapi di mana yeh...

1. Do you think you are hot? 

Memang aku tengah hot sekarang ni! (Aku tak kan jawab 'hot' yang dimaksudkan oleh soklan tag nih atas sebab-sebab peribadi...ekekeke). Aku hot (panas) hati sesangat kat ejen maid aku yang mementingkan duit semata-mata. Penampilan alim yang dipamerkan tak mampu nak memperdayakan aku. Ingat aku budak sekolah ke?

2. Upload your favourite picture of you.


3. Why do you like that picture?

Pemandangan  di sekitarnya mendamaikan hati aku yang tengah hot ni.

4. When was the last time you ate pizza?

Err...Selasa lepas 23 Dis 2008. Kenapa aku boleh ingat tarikhnya dengan tepat? Sebabnya hari tu aku makan pizza kerana PC aku kong dan aku tengah tension tahap gaban pencen.

5. The last song you listened to?

Aizat...Hanya kau yang mampu

6. What are you doing right now besides this?

Tengah tunggu ejen maid aku call dengan hati yang membara-bara. (Lepas ni apa pula ayat bambu aku?)

7. What name would you prefer besides this?

Keluarga terdekat panggil aku Hani sampai sekarang. Aku paling benci nama ni masa aku kecik sebab aku rasa nama ni macam nama gedik. Jadi bila aku masuk sekolah menengah, aku suruh kawan-kawan panggil aku Niza. Kat uni, aku pendekkan lagi nama tu jadi Izza...sampailah sekarang. Jadi kalau aku nak ubah nama aku, aku mesti nak ubah kepada nama yang tak ada 'Hani'. Nur'izzah kut...ekekeke.

Haruskah aku men'tag' orang lain sebagai mangsa? Memang kena tag 5 orang ke? Owh...ada soalan lain di bawah yang akan berkait rapat dengan pilihan aku. Hrmmm....

1. Tintakelana
2.
Opah De
3. Wabbit
4.
Norra Hassan
5. Ladybird beast (bukan nama sebenar)

8. Who is no. 1?

Big boss aku...ueheheh

9. No. 3 is having relationship with?

Ish...manalah aku tau. Ko tau tak? Bagitau aku yer...kita bisik-bisik...hehe

10. Say something about no. 5

Ahahaha...my old flame. Kalaulah dia ada blog....

11. How about no. 4?

Rakan seperjuangan dalam bidang penulisan novel. Minat anime macam aku jugak.

12. Who is no. 2?
Juga rakan seperjuangan dalam bidang penulisan novel remaja. Dah lama tak borak ngan OD di blognya.

Ulasan

  1. Izza Aripin yang aku tag, Sharifah Amani pulak yang jawab... apa daaa.... eheks!

    BalasPadam
  2. shepah amani feel stupid when talking in malay...aku plak feel bangang cakap omputeh sbb tak tere...ekekeke

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit