Harga barang turun?

Berita di kaca tv malam tadi buat aku lega. Akhirnya turun juga harga barang keperluan. Lantas pagi ni terus aku buka akhbar online. Hajat di hati nak mengintai-ngintai produk keperluan manakah yang sudah diturunkan harganya oleh pasar raya gergasi terbabit. Dalam akhbar Utusan Online memetik, antara lain:

"Antara barangan keperluan yang diturunkan harga ialah beras Jasmine Siam Best 10 kilogram (kg) dengan potongan 18 peratus, Jasmine Super Special 10kg (18 peratus), biskut Julies Cracker 250 gram (25 peratus), biskut Julies Love Letter 120 gram (25 peratus), minyak masak Soylite 3 kg (3.5 peratus), pencuci muka pelbagai jenama (24 peratus) dan gel rambut Revive (27 peratus)."

Selain itu, aku intai juga ke laman web pasar raya berkenaan. Pada hemat akulah kan, selain beras dan minyak masak, barang yang lain tu (setakat hari ini, seperti yang terpamer di laman web mereka dan juga di akhbar) bukan barang keperluan sangat bagi aku. Pada aku, barang keperluan yang sangat-sangat perlukan penurunan harga ialah lampin pakai buang (jenama Pampers, Huggies, Hey Baby, Mami Poko etc. Dalam risalah pasar raya tu hanya jenama Diapex aje yang turun harga) dan susu bayi dan kanak-kanak kesemua jenama (dalam risalah dan akhbar tak ada pun tersenarai walau satu pun produk susu). 

Bagi aku kalau dua produk ni turun harga, sudah dapat meringankan sedikit beban aku. Bagi orang lain mungkin keperluannya tak sama macam aku. Jadi senarai barang keperluan kita tak mungkin sama. 

Seperkara lagi, pencuci muka dan gel rambut tuh perlu sangat ke? Kalau tak ada pun, tak apa kan? Bukannya mati pun....ekekekekek.

Ulasan

  1. khidmat GRO turun harga tak? Ekekekeke... ayaaarrkk...!!!

    BalasPadam
  2. bzzz...dush..bam bum bang! itulah bunyi2an yg wujud ketika najwa aiman dibaling dan dilambung ke angkasa lepas sbb berfikiran porno...wahahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit